“Macam Itulah Baiknya Insan Yang Bernama Fazura Dengan Fattah” B0dyguard Ded4h P4hit Manis Jaga Pasangan Ini – Lubuk Viral

Sebelum ni kecoh mengenai video jam tangan mewah berharga jutaan Ringgit yang dipakai oleh pelakon dan usahawan jelita, Fazura semasa sambutan hari lahir suaminya, Fattah Amin.

VIDEO

Walaupun ramai yang cakap Fazura sememangnya layak pakai barangan mewah atas usaha gigihnya sendiri malah memuji sikapnya yang merendah diri dan tak suka tayang kemewahan namun ada juga segelintir netizen yang beranggapan jam tangan mewah tersebut adalah sekadar pinjaman.

Malah ada yang mendakwa bodyguard pada majlis tersebut juga bukan bodyguard yang dibayar gaji oleh Fazura dan Fattah tetapi diambil sehari saja untuk tujuan tersebut?

VIDEO

Memetik daripada portal hiburan NONA yang telah menghubungi Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin atau mesra digelar Shah selaku pengawal peribadi Fazura dan Fattah, bagi menjawab teka-teki dan bertanyakan tentang isu tersebut.

Jom kita ikuti temubual bodyguard Fazura bersama wartawan NONA yang turut berkongsi kisah pahit manis serta pengalaman sepanjang bergelar ‘bodyguard’ power-couple ini.

Shah: Baik, nama penuh saya Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin, anak kedua dari empat adik beradik. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang comel.

SHAH: Awal dahulu, saya ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi dari Fattah saja. Waktu itu Fattah di bawah satu pengurusan. Mereka meminta saya untuk menjaga Fattah untuk tempoh satu hari. Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini.

Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya.

SHAH: Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. ‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini.

Pernah dalam satu event, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar. Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy!

SHAH: Wow momen manis ini banyak sebenarnya. Tapi kalau diminta satu, momen paling manis pastinya ketika event di Johor. Habis dari event itu Faz ajak kami semua ke JPO sementara nak menunggu ketibaan flight sebelah malam.

Sampai saja dekat JPO tu Faz ajak semua team masuk satu butik ini. Selepas itu, Faz cakap… “You all pilih satu barang. Ambil saja apa apa..” Semua terkejut. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika itu, tapi bukan saya lah..nak control macho punya pasal. Tapi saya cukup bersyukur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahaszrin Mohd Sabiruddin (@hantugym)

SHAH: Layanan mereka pada saya sangat baik. Kalau tidak, takkanlah dah masuk 5 tahun saya bersama dengan mereka. Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa.

Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar. Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya.

Macam itulah baiknya insan yang bernama Fazura dengan Fattah ini. Saya bersyukur dapat bekerja dan mengenali pasangan ini. Padanlah mereka berdua disayangi ramai.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :Cari