“Andai Boleh Undur Masa, Tak Nak Pun Tulis”-Tiada Niat Nak Burvkkan Anna Jobling. Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf, Ini Reaksi Padu Anna Jobling- Lubuk Viral

Nama pelakon Siti Khadijah dipetik netizen gara-gara did4kwa memuat naik status di lama sosial seakan- akan meny1ndir aktres Anna Jobling baru-baru ini.

Tampil memohon maaf kepada Anna dan aktor Meerqeen, Siti Khadijah berkata perkongsiannya itu sekadar luahan hati tanpa niat untuk mengaibkan atau memburvkkan mana-mana pihak.

“Saya tak ada niat nak aibkan mana-mana pihak, saya fikir dua kali sebelum saya tulis dan post. Apa yang saya tulis itu datang dari hati, untuk diri saya bukan nak aibkan atau menjatuhkan orang lain.

“Saya dengan Anna kawan bukannya lawan. Mungkin penulisan saya disalah anggap sesetengah pihak. Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Anna dan Meerqeen atas kata-kata saya di laman sosial menyinggung perasaan mereka.

“Saya ambik peluang ini untuk mohon maaf kepada mereka. Tak ada niat burvk pun dekat mana-mana pihak,“ katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, Anna Jobling berasa kecewa apabila mengetahui dirinya menjadi bahan sindir4n rakan artis yang pernah berkerjasama dengannya.

Pelakon drama Ash & Aish itu mengakui kesal dengan tindakan individu berkenaan kerana tidak berterus terang sebaliknya menulis menerusi sosial media.

Selepas Anna mengeluarkan kenyataan tersebut, netizen di laman sosial mula mengaitkan nama Siti Khadijah yang did4kwa merupakan individu yang diperkatakan oleh aktres itu.

Mengambil apa yang terjadi sebagai pengajaran buat dirinya, Siti Khadijah memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsiannya di laman sosial selepas ini.

“Apa yang terjadi, saya ambil sebagai pengajaran… sebab saya pun baru dalam industri ini dan masih cari rezeki. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan di laman sosial.

“Saya memang tak niat langsung nak burukkan mana-mana pihak. Kepada sesiapa nak tegur, tegur la saya. Mungkin cara penggunaan penulisan saya tu salah.

“Andai boleh undur masa, saya tak nak pun tulis benda yang akan jadi isu, saya tak nak terpalit dengan kontrov3rsi yang tidak baik,” ujarnya.

Cemburu, burvkkan Anna Jobling? Siti Khatijah beri penjelasan

Nama dibu.rukkan, Anna Jobling tak goyah

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon jelita Anna Jobling kec0h diperkatakan.

Bezanya, kali ini dia bukan dikec4m atau menjadi padang sasar netizen melepaskan peluru kebenci4n sebagaimana yang sering terjadi kepada selebriti lain.

Tetapi, namanya diperkatakan netizen terutama dalam kalangan peminat dan penyokongnya dek sikap pelakon wanita lain yang bermuka-muka dan bercakap tidak baik mengenai Anna.

Langsung tidak melatah apatah goyah dengan kata-kata nista yang dilempar kepadanya, Anna berkata, dia sendiri tidak faham dengan masalah individu itu.

“Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya? Buat apa nak d3ngki dengan orang?” soalnya tatkala ditanya berkenaan perkara tersebut.

ANNA tidak kisah dengan individu yang bercerita dan berkata burvk mengenai dirinya.

Tambah Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia juga malas untuk ambil pusing apatah lagi mempedulikan sikap pelakon wanita itu yang didakwa memburuk-burukkan namanya dalam media sosial.

“Saya tahu perkara ini daripada peminat. Setahu saya, sepanjang berlakon dan masuk dalam dunia seni, saya tak pernah nak kac4u atau ganggu periuk nasi orang lain.

“Bagi saya, rezeki setiap orang berbeza dan tak akan pernah salah alamat. Konsepnya mudah, saya akan persetankan dan jauhi individu t0ksik seperti itu,” katanya.

Jelas Anna lagi, paling tidak disangka-sangka dan membuatkan dia bertambah terkejut apabila insan yang bercakap buruk mengenainya itu pernah berlakon dengannya dalam sebuah naskhah.

“Saya memang terkejut apabila dapat tahu dia orangnya. Sebab saya tengok dia okey bila kami bersama di set. Tak tahulah pula perangainya begitu,” ujarnya.

ANNA kini lebih matang dalam membuat keputusan dan membawa haluan hidup seiring dengan usianya yang sudah mencecah 22 tahun.

Ditebak sama dia berhasrat hendak bersemuka dengan pelakon yang semakin meningkat naik itu, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu berasakan tiada keperluan untuknya berbuat demikian memandangkan bukan dirinya yang mencetuskan onar.

“Saya tak akan sesekali merendahkan diri ke tahap sebegitu.

“Saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri. Ingatlah, semakin anda dengki dengan orang, semakin sempit rezeki anda.

“Kalau saya berjumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri dan profesional seperti biasa. Jika anda dengki dengan saya, itu masalah anda, bukan masalah saya,” katanya.

Tegas Anna tentang pendiriannya, memasuki usia 22 tahun, dia perlu lebih matang dan profesional dalam membawa haluan diri selain lebih bijak memilih rakan.

kredit: astro gempak

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/