Alami Masalah Kr0nik, Perlu Jalani Pembed4han. Jaclyn Victor Mohon Doa Semua- Lubuk Viral

PENYANYI Jacyln Victor mended4hkan mempunyai masalah hidung bengkok yang memberi kesan kepada suara dan nyanyiannya.

Jac atau Jacyln Joshuar Thanaraj Victor, 44, berkata sejak kebelakangan ini hidungnya menjadi terlalu sensit1f kepada persekitaran.

“Hidung saya memang terlalu bengkok tetapi selama ini tidak mempunyai masalah.

“Bila saya membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidung saya terlalu sensit1f kepada persekitaran seperti asap rok0k, v4pe, habuk dan tidak boleh sejuk,” katanya kepada mStar.

Jac ditemui di sidang media minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Menurut Jac, masalah hidungnya itu semakin teruk lebih-lebih lagi ketika dia berada di tempat sejuk.

Selepas membuat pemeriksaan, masalah sinus dihidapi olehnya menjadi semakin teruk hingga menghimpit bahagian tepi hidung.

“Bila saya berada di tempat yang sejuk, sinus itu akan menjadi kembang dan membuatkan ia makin terhimpit.

“Saya tidak selesema, tetapi memang suara saya kedengaran seperti sedang mengalami selesema,” jelasnya.

Penyanyi ini perlu menjalani pembed4han untuk merawat masalah sinvs.

Sementara itu, Jac berkongsi doktor telah memberikan ubat-ubatan dan menasihatinya untuk berjumpa pakar bed4h bagi mendapatkan rawatan seterusnya.

“Doktor menjelaskan tempoh sembuh selepas pembed4han mungkin memakan masa sehingga tiga minggu.

“Apa-apa pun saya perlu berjumpa dengan pakar bed4h untuk berbincang. Tapi, kalau tempoh penyembuhan mengambil masa selama tiga minggu takut juga tu,” tambahnya.

Untuk info, Datuk Shafinaz Selamat pernah beberapa kali memberi komen terhadap lontaran suara Jac yang dikatakan mempunyai masalah kerana masalah yang dihadapinya itu.

Jaclyn Victor tidak dijanjikan gelaran juara, Astro jawab isu penyertaan ramai penyanyi masih aktif dalam GV9

Dalam pada itu PENYANYI Jaclyn Victor menganggap tudvhan kononnya dia menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) disebabkan dipujuk dan dijanjikan gelaran juara oleh pihak produksi adalah tidak benar.

Sebaliknya kata Jaclyn, 44, dia menyertai GV9 disebabkan mahu terus berkarya selain diberikan kebebasan oleh pihak produksi untuk mempamerkan kebolehannya sebagai seorang penyanyi.

“Saya tahu biasanya GV ini untuk penyanyi yang lama tetapi sebenarnya perkara itu telah berubah dan sekarang ia bukan lagi seperti itu.

“Apabila saya dengar penjelasan mengenai program ini, pihak produksi memberitu GV adalah platform terbaik untuk saya buat apa yang saya nak. Betul juga, mana ada tempat boleh buat apa kita mahukan.

Jaclyn membuat kejutan apabila muncul sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kesembilan.

Tapi GV menjadi tempat yang membolehkan saya buat apa sahaja, saya diberikan kebebasan untuk berkarya. Itulah yang membuatkan saya bersetuju menerima tawaran tersebut,” katanya.

Jaclyn ditemui selepas sidang media mengumumkan 13 peserta GV9 yang bakal berentap bermula pada 18 September ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Selain Jaclyn dan Dina, 37, peserta lain yang menyertai pertandingan itu adalah Dina Nazir, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Tom, Pat candy, Asheed DEF GAB C, Roy Kapilla, Fuad Rahman Hazrul Nizam, Haida, dan VE.

Sementara itu, kemunculan Jaclyn dan Dina Nazir dilihat akan membangkitkan kembali persaingan sengit ketika kedua-dua penyanyi itu berentap dalam program Malaysian Idol pada 2004.

Bertemu kembali ‘musuh’ tradisinya itu, Jaclyn, berkata, dia tidak pernah menganggap Dina sebagai musuh apatah lagi menyimpan perasaan burvk di antara satu sama lain malah menghormati kredibiliti dan bakat besar sahabatnya itu sebagai penyanyi.

“Kami tak pernah bermusuh, Dina dan saya tak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik terhadap satu sama lain. Kami berdua sudah lakukan yang terbaik, keputusan pemenang bukan ditangan kami ketika itu.

“Saya sejujurnya tidak pernah ada apa-apa perasaan tidak baik terhadap Dina. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kita hanya boleh buat apa yang termampu dan selebihnya terpulang kepada juri.

“Saya anggap pertandingan ini sebagai peluang untuk tunjukkan kepada rakyat Malaysia tentang apa lagi yang boleh saya lakukan di atas pentas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan penglibatan ramai penyanyi popular dan masih aktif pada GV9 tahun ini sebagai langkah baharu daripada konsep asal program tersebut.

“Banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan apatah lagi GV sudah memasuki musim kesembilan, jadi kita tidak boleh terlalu statik dengan format sebelum ini.

“Penambahbaikkan perlu dilakukan supaya program ini dapat kekal sebagai rancangan hiburan nombor satu di Malaysia,” katanya.

Raqim menjelaskan pihaknya sudah membuat postmortem menerusi GV8 tahun lalu dengan penyertaan Allahy4rham Adibah Noor yang pada ketika itu masih aktif dalam bidang seni.

“Kemunculan Adibah tahun lalu kita dapat lihat dari segi sambutan penonton sangat menggalakkan. Jadi tahun ini, kita tampilkan lebih banyak bintang yang masih aktif,” katanya.

kredit: mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/