Bapa Pernah Bantah Jadi Artis, Anak Bob Lokman Kongsi Pesanan Terakhir Arw4h- Lubuk Viral

ANAK kepada pelakon dan pencipta lirik Allahyarh4m Bob Lokman iaitu Han Kabir masih teringat pesanan dan nasihat yang diberikan oleh arwah bapanya semasa pertemuan terakhir mereka kira-kira dua bulan lalu.

Han atau nama sebenar Ahmad Sufian, 27, yang juga merupakan hos dan penyanyi rap berkata sebelum ini arw4h bapanya itu tidak bersetuju dengan pilihannya untuk bergelar anak seni.

Namun, kebelakangan ini arw4h seakan-akan memberi lampu hijau dan sempat menitipkan kata-kata semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam dalam industri hiburan.

Sebelum ini arw4h bapanya itu tidak bersetuju dengan pilihannya untuk bergelar anak seni.

“Apa yang boleh saya katakan, di penghujung hidupnya dia mula menyokong saya teruskan kerjaya seni. Kalau sebelum ini dia tak bersetuju dengan keputusan saya ini.

“Arw4h ada memberikan saya nasihat dan kata-kata semangat untuk terus kuat dan tidak mudah berputus asa.

“Dia juga ada memberikan beberapa jenis buku untuk saya belajar tentang pengacaraan dan menjadi hos yang baik.

“Mungkin dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan dia membantu saya dengan berkongsi pengalaman yang pernah dilalui sepanjang bergelar anak seni,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Han berkata arwah seorang ayah dan suami yang sangat bertanggungjawab dan mempunyai matlamat dalam hidup.

Malah, dia selalu mengingatkan anak-anak supaya menjadi insan yang berilmu dan sentiasa menjaga adab pertuturan.

“Dia ayah, selebriti dan individu yang baik… semua orang tahu mengenai hal itu. Kira-kira dua bulan lalu, dia ada tanya saya apa yang saya mahukan dalam hidup ini?

“Dia kata kalau nak jadi selebriti yang baik, kita perlu banyak membaca, kena jaga penampilan dan pertuturan.

“Sampai sekarang ini saya masih ingat lagi pesannya itu. InsyaAllah nasihatnya itu akan terus menjadi panduan untuk saya sampai bila-bila,” ujarnya.

Tambah Han, kali terakhir dia bertemu arw4h pada Julai lalu ketika keadaan kesihatan bapanya itu mulai merosot.

Allahyarh4m Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman meningg4l dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan kira-kira pukul 2 petang, Jumaat.

Allahyarh4m yang kini berusia 58 tahun meninggalkan seorang b4lu bernama Relawati dan tujuh orang anak yang mana anak sulungnya telah meningg4l dunia.

Jenaz4h dijangka akan dikebvmikan di Tanah Perkuburan Pulau Hilir, Kubang Kerian selepas solat Isyak.

Gambar (kiri) cucu-cucu Tok Kenali, gambar tengah Tuan Hj. Lokman ( bapa kepada Bob Lokman) dan gambar (kanan) dikatakan gambar terakhir Tok Kenali.

Sekilas info tentang Bob Lokman, cicit Tok Kenali

Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang,Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu.

Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku ‘Aku, Isabella dan Tok Kenali’. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

kredit: mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/