Usahawan yang namanya sering menjadi perhatian ramai, Aliff Syukri kini nampaknya menyepikan diri dari media sosial. Sebelum ini dapat dilihat Aliff Syukri banyak menghasilkan video ‘content’ sosial media yang sering menghiburkan pengikutnya.
Bagaimanapun, terbaharu anak-anak Aliff Syukri pula menjadi perhatian warganet menerusi satu video. Manakan tidak dalam video tersebut dua dari anak Aliff Syukri menunjukkan bakat berlakon sesama mereka.
Seorang memegang watak sebagai Watie, lagi seorang memainkan peranan sebagai Awie. Nampaknya kedua-dua anak Aliff Syukri yang dipanggil Baim dan Cess ini memang berbakat!
Korang saksikan sendiri rakaman lakonan kedua-dua kanak-kanak ini yang dimuat naik menerusi akaun TikTok sugehresort baru-baru ini:
@sugehresort Hebat tak lakonan cess dan Baem ??? #percutian #trending #fyp #cuti
Seorang tunjuk emosi, lagi seorang pula tak habis-habis dengan tak faham. Memang kelakar habislah dua beradik ini. Apa-apa pun perkongsian rakaman lakonan anak-anak Aliff Syukri ini telah meraih lebih 528 ribu tontonan dan 28 ribu likes.
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat anak-anak ini. Malah ada juga yang berpendapat Baim dan Cess sama betul dengan ibu dan bapa mereka. Selain itu ada juga yang tidak sangka dua kanak-kanak ini berbakat dalam menghiburkan orang ramai.
Berikut antara reaksi netizen yang mana ramai terhibur dengan aksi lakonan anak-anak Aliff Syukri ini:
“Pandai anak datuk berlakon..Ada bakat”
“Baim nampak real..Power”
“Awie ni ikot betul abah dia”
“Lagi hebat dari ayah diorang yang penting”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/