“Saya Pernah Tak Percaya Mana-Mana Lelaki,” – Baru Je Sah Bergelar Isteri, Mas Idayu Mula Ded4h Perkara Ini- Lubuk Viral

Selepas 17 tahun hidup solo, penyanyi dangdut Mas Idayu, 50, bersyukur apabila doanya untuk kembali hidup bertemankan dimakbulkan Allah SWT.

Saat diijabkabulkan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi Jumaat, penyanyi itu tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sah bergelar isteri.

“Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan pernah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Kemudian, dua tahun lepas, setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk hadirkan teman dalam hidup saya kerana saya mula berasa sunyi.

“Saya nak kawan, saya nak teman hidup…Alhamdulillah Allah kabulkan. Tetapi ketika itu ramai yang cuba nasib sehingga saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu.

“Kemudian datang yang saya suka pula (suami). Dan terus saya katakan pada diri saya, mungkin ini pilihan saya.

“Mungkin sebab itu saya berasa sebak sebab sudah lama hidup sendiri dan akhirnya ada tempat boleh mengadu, luahkan tentang apa sahaja. Saya dan ada kawan untuk bercerita,” katanya kepada MH sebaik selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Event Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Bercerita lebih lanjut mengenai keperibadian suami yang membuatkan dirinya jatuh hati, Mas Idayu berkata dia tertarik dengan sikap kelakar Sufian.

“Walaupun wajahnya kelihatan serius, tapi dia sebenarnya kelakar. Ketika berborak berdua, kadang-kadang kami tergelak sebab apa yang dibualkan menjadi lucu.

“Mungkin juga sebab dia pernah mengendalikan program komedi untuk tempoh masa yang lama… jadi memang tak sangka (berjodoh dengan Sufian),” katanya lagi.

Sementara itu, Sufian yang juga merupakan bapa kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, berkata dia sangat menyenangi ciri-ciri keibuan yang ada pada penyanyi lagu Cintaku 100 Percent itu.

“Mas Idayu ada ciri-ciri keibuan selain dia ni pandai masak, kalau nak rasa masakan dia, marilah datang rumah,” kata Sufian berseloroh.

Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di lokasi sama pada malam ini.

Majlis Resepsi Sufian Isa & Mas Idayu. Tak perlu bridesmaid, pakai belon je!

Memang bagi spotlight dekat Mas Idayu jah! Love

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 yang bersiaran pada 2008 dan baru menjalinkan hubungan serius pada tahun ini.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercer4i pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah yang kini berusia 25 tahun.

kredit: media hiburan

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/