Lakonan Semula Filem Mat Kilau Oleh Pelajar Sekolah, Ramai Yang Puji Terkesan Emosi!- Lubuk Viral

Bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini, filem epik berjudul Mat Kilau ditayangkan di Netflix telah menjadi perhatian ramai. Sebuah filem yang berjaya meraih hampir RM100 juta kutipan di pawagam, Mat Kilau arahan Syamsul Yusuf ini telah dipuji ramai.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video dengan paparan lakonan semula filem Mat Kilau oleh pelajar sekolah telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam perkongsian video tersebut pelajar sekolah ini melakonkan semula babak yang sangat memberikan kesan kepada penonton Mat Kilau.

Antaranya adalah babak yang mana isteri kepada Wahid iaitu sahabat Mat Kilau yang terkorban dalam kemelut di Pahang pada ketika itu. Tidak cukup dengan itu, lakonan dan skrip bahasa anak-anak ini juga cukup memberikan kesan mendalam.

Petikan lakonan mereka ini telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok seperti berikut:

Ini pula versi penuh video lakonan semula filem Mat Kilau oleh pelajar sekolah yang dimuat naik menerusi saluran Youtube Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis:

Setakat ini video tersebut telah meraih ribuan tontonan. Di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui cukup terkesan dengan lakonan anak-anak ini. Mereka meninggalkan reaksi tersebut di ruangan itu seperti berikut:

“Tahniah adik hebat berlakon”

Screenshot at Sep 16 19-36-17

“Wehh aku nangis part nie real dohhh”

Screenshot at Sep 16 19-35-57

“Sampai skang bila tengok part kena tikam tu mesti aku meremang tak kisah laa di lakon kan balik ke..Goodjob”

Screenshot at Sep 16 19-35-25

“Gempak do real pulak tu terbaik anak muda”

Screenshot at Sep 16 19-34-54

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL