“Ada Ni… Tgh Pandang Masa Depan” Heb0h Dikatakan Kekasih Sbnr Shuib, Muatnaik IG Watie Tarik Perhatian Ramai. – Lubuk Viral

ARTIS

“Ada ni… tgh pandang masa depan” Heboh dikatakan kekasih sbnr Shuib, Muatnaik IG Watie tarik perhatian ramai.

12/09/2022 – by admin – Leave a Comment

Hangat di media sosial susulan khabar angin yang mendakwa, pelawak dan usahawan, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah. Ia susulan dakwaan netizen yang mendakwa keduanya mengenakan persalinan yang seakan-akan sedondon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @farahana2506 yang kini tular, ia berkongsi imej Shuib dan Watie ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lalu. “Betul ke Shuib dengan Watie,” tertera pertanyaan pada kapsyen beserta lampiran foto mereka yang dikatakan hadir mengenakan persalinan dalam rona serupa.

Meninjau ke ruangan komen video terbabit pula, netizen mulai membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang akrab dengan usahawan wanita terbabit. Malah, ada yang mendakwa Shuib kerap memberikan tanda suka (likes) terhadap foto yang dimuat naik Watie di media sosial miliknya. “Saya dah few months perasan, semua post Watie ni, Shuib akan like. Pastu banyak tempat yang Shuib pergi, akan ada Watie kat situ cuma diaorang tak ambil gmbar sama,” ulas pengguna TikTok.

“Aku dah perasan lama dah. Aku stalk terus and im be like (emoji terkejut) takpela mana mana jela janji shuib happy kalau betol diorang bersama,” tulis seorang pengguna TikTok lagi. “Kan dia kata, bakal wife dia bukan artis. So ofcozlah kita x kenal,” komen pengguna lainnya pula.“Mungkin tersuka masa main golf sebab Watie selalu main golf,” tebak pengguna TikTok. Video berkenaan sehingga kini menerima hampir sejuta tontonan disusuli lebih 14,500 tanda suka bersama ribuan komen.

Pada masa sama, ada netizen berkongsikan foto yang seakan-akan di lokasi sama sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram. “Baru stalk, tengok post Watie 7 Mei & Shuib post picture background sama. Rumah lama Shuib di kampung,” dakwa seorang pengguna TikTok. Terdahulu, Shuib menerusi media mendedahkan dia sedang mengenali hati budi seseorang dan wanita itu merupakan pilihan ibunya. Sementara itu, Watie dilihat telah menyekat akses ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert yang dikaitkan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :MH