“Saya Tak Pernah Terfikir…” Sudah Lama Mendirikan Rumah Tangga, Tak Sangka Penyanyi Terkenal Mus May Luahkn Ini. – Lubuk Viral

Bekas penyanyi May, Muss tidak pernah terfikir untuk mendapat gelaran Datuk sebagaimana dimiliki kebanyakan rakan selebriti senior dan berpengalaman di negara ini. Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 54, ketika ditemui berkata, pembabitannya dalam muzik bukan sekadar kerana suka, tetapi berasakan sudah berada pada tahap kewajipan untuk dirinya menyanyi.

“Selebihnya, nak jadi kaya ke atau apa yang lain-lain ke, saya tak pernah terfikir. Apa lagi, untuk gelaran Datuk, jauh sekali. Lainlah kalau saya ada buat perniagaan, mungkin nak juga rasa status macam ini,” katanya kepada Harian Metro. Mus yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada 2020 lalu dan menganggotai May sejak 1986 sebelum berundur pada 2019, berkata, dia juga akur tidak akan berpeluang mendapat gelaran datuk yang bercucu.

“Saya ini tak akan jadi datuk sebab saya dan orang rumah (isteri) tak ada anak. Jadi, kami relaks saja dan akur takkan jadi datuk. Kalau orang tanya, jawapannya memang tak akan. Apapun, tak pernah terlintas di hati saya nak dapatkan gelaran Datuk ini walaupun ia dianugerahkan sebagai penghargaan dan penghormatan. Malah, saya percaya kebanyakan selebriti yang berstatus Datuk sekarang bukan nak kejar glamor pun sebab tanggungjawabnya berat,” katanya.

Muss pada sesi bergambar ketika latihan program Salam Dari Maya 2 bersama Muss dan Ruhil Amani di One Scream Studio. FOTO GENES GULITAH

Muss berkata, antaranya perubahan dalam hidup pasti berlaku selepas memiliki gelaran Datuk itu dan memang kena sentiasa bersiap sedia. Muss ditemui pada sesi latihan dan rakaman program Salam Dari Maya 2 yang akan ditayangkan secara virtual di platform YouTube.

Mustaffa Din (lahir 10 Mei 1968), juga dikenali sebagai Mus May merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis rock, May dan Wings. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketujuh di mana beliau berjaya dinobatkan sebagai naib juara.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :harianmetro