Penyampai Berita ‘Tertel4n’ Lalat Masa Live “Kelihatan sedikit cem4s, namun Farrah tidak cepat ‘melatah’- Lubuk Viral

Seorang penyampai berita Global News Kanada, Farrah Nasser mengalami detik yang memalukan apabila dia tertelan seekor lalat ketika sedang menyampaikan berita secara langsung.

Tertelan lalat ketika ‘live’

Difahamkan, penyampai berita segmen antarabangsa itu sedang melaporkan isu mengenai banjir berlaku di negara Pakistan yang meragvt sehingga 1000 nyawa. Walau bagaimanapun, ketika sedang fokus menyampaikan laporan berkenaan, reaksi mukanya berubah secara tiba-tiba apabila seekor lalat masuk ke dalam mulut sehingga tersedak dan terdiam seketika.

Kelihatan sedikit cem4s, namun Farrah tidak cepat ‘melatah’ dan segera menyambung semula laporan berita berkenaan secara professional seperti tiada apa-apa yang berlaku pada ketika itu.

Menurut Farrah, dia mengakui bahawa dirinya masih merasakan serangga terbabit berada di dalam tekaknya ketika menelannya. Malah, dia turut melihat lalat berkenaan bertebangan di dalam studio tetapi tidak mengendahkannya dan tidak menyangka lalat itu akan terbang masuk ke dalam kerongkong.

Ujarnya, dia tidak malu atau kecewa dengan insiden terbabit kerana baginya ia merupakan satu ‘hiburan’ kepada orang ramai meskipun berlaku ketika siaran langsung.

Mengenai klip video yang viral itu, saya gembira buat orang gembira walaupun ia sesuatu perkara yang memalukan.

Video penuh

Sumber : Daily Mail, globalnews

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/