Alhamdulillah Tahniah! Jihan Muse Selamat Bers4lin Anak Kedua – Lubuk Viral

Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.

Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi Insta Stories, pada Selasa.

“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.

Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut ‘repost’ status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.

Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di Instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:MH