“Jauh Benor Larinyer,” – [VIDEO] Penampilan Terkini Faizal AF4 Tarik Perhatian- Lubuk Viral

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam industri hiburan.

Sebut sahaja nama bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-4, pasti ramai mengenali Faizal Ramly yang popular Datanglah dan Lihatlah. Sebelum ini, pada tahun 2019 Harian Metro pernah melaporkan Faizal terpaksa memohon kerja kilang di Marang, Terengganu berikutan kesukaran hidup.

Terbaru menerusi laman Tiktok @smfhhabshee, tular satu video yang memaparkan satu majlis perpisahan seorang staff syarikat pengeluar kelengkapan rumah, penulen air dan pelembut air dari Korea Selatan.

Namun apa yang mencvri perhatian netizen ialah wajah staff tersebut mirip dan seiras dengan juara Akademi Fantasi musim yang keempat iaitu Faizal Ramly.

“Support each other. Amin Inshaa Allah,” tulis @smfhhabshee di ruangan kapsyen.

Malah, di perkongsian yang lain pula kelihatan Faizal AF4 kelihatan menyanyikan lagu Gemiruh Jiwa yang pernah dipopularkan oleh Faizal Tahir.

Perkongsian tersebut rata-rata menarik perhatian netizen, yang kebanyakan memberi komen dan mempersoalkan bahawa adakah individu tersebut meruapakan Faizal AF4.

Malah ada juga yang meminta penyanyi kelahiran Terengganu itu membuat kemunculan semula dalam undustri muzik negara.

Komen netizen:

  

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Tiktok @smfhhabshee dan diolah oleh Padu Gila