“Mommy Janji..” – Rai Hari Lahir Anak, Shila Amzah Titip Ucapan Menyentuh Hati- Lubuk Viral

Baru-baru ini penyanyi berbakat tanah air, Shila Amzah menga.dakan sebuah majlis sempena menyambut hari kelahiran putera kesayangannya Seth Uwais yang lahir pada 31 Ogos 2019.

Janji Shila

Menjengah ke media sosial Shila, ibu tunggal ini memuatnaik video yang memaparkan gambar-gambar dia bersama anaknya semasa majlis hari lahir diadakan semalam. Melihat coretan yang ditulis dimuatnaik tersebut, wanita hebat ini berjanji akan lakukan yang terbaik untuk anaknya.

“Mommy janji, akan sentiasa cuba untuk berikan yang terbaik untuk Seth.” Coret Shila

Penyejuk Hati Buat Seth

Dalam pada itu Shila juga mendedahkan lagu berjudul ‘Penye.juk Hati’ yang digunakan sebagai latar belakang video yang dimuatnaik tersebut, ditulis semasa dia sedang berbadan dua mengandungkan putera kesayangannya itu pada empat tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Shila menitipkan ucapan, berharap anaknya itu gembira dan seronok menyambut hari kelahirannya dan memohon maaf pada Seth di atas segala kekurangan.

“Mommy tulis lagu ni masa Seth dalam perut lagi. I hope you had a blast sayang ku. Apa jua kekurangan mommy, mommy minta maaf ya sayangku.” Tulisnya

Netizen Titip Ucapan

Perkongsian Shila di Instagram mendapat perhatian ramai, rata-rata warganet menitipkan ucapan dan doa buat Seth sempena ulang tahun kelahirannya yang ketiga.

“Selamat hari lahir Seth! Moga jadi anak yang soleh dan pejuang agama.”

“Selamat hari lahir Seth. Anak soleh!”

“Selamat hari lahir Seth semoga menjadi anak yang soleh.” Komen mereka

“Suka melodi ni”

“Selamat hari jadi Seth. Selamat menikmati kehidupan dengan gembira nak. Bahagiakan mommy okay.”

“Selamat hari Seth! Sangat menyentuh hati video ni.” Komen mereka

Semoga Seth Uwais menjadi anak yang soleh dan taat besar nanti. Apa pun selamat hari lahir Seth!

Komen :

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Muraimy