“Kata Seru Ni Macam Ni..” [VIDEO] Bijaknya Adik Mika Ajar BM, Ramai Kagum Dengar Penjelasan! – Lubuk Viral

Seronoknya bila anak balik dari sekolah dan berkongsi dengan kita apa yang dia belajar. Dari satu sudut lain, rasa lega juga kerana kita tahu anak faham apa yang dia belajar di sekolah. Seronok dengar apa yang nak dia kongsikan.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang ayah di Tiktok mendapat perhatian warganet apabila anaknya bercerita semula tentang perkara yang dibelajarnya di sekolah.

Dengan lancar adik tersebut menerangkan tentang subjek Bahasa Melayu berkaitan kata seru. Lancar sekali, siap beri contoh. Memang seronok dengar dia bercerita!

Dengan bersahaja dia menerangkan sambil berjalan dan direkod ayahnya.

“Second subject BM. BM belajar kata se.ru. Kata se.ru ni macam luahkan em0si. Maksudnya macam Wah, Amboi, Eh, Oh, Hai.”

Oh, tu kata seru? Cuba bagi contoh dia macam mana?”.

“Wah untuk kagum macam.. Wah, cantiknya baju kamu. Kalau amboi macam nak usik orang atau kagum macam Amboi, cantiknya kasut. Eh dengan Oh pula untuk rasa kecew4 dengan terkejvt. Eh, awalnya awak ke sekolah hari ni. Eh, awak rupanya yang ambil buku saya. Hai tu macam Hai, nama saya Mika. Lepas tu, tanda seru ni wajib ada k0ma.”

“Bukan tanda se.ru?”.

“Tanda se.ru tu wajib ada akhir ayat.”

VIDEO:

@kumikakufaizul

Recap belajar apa kat sekolah ? subjek BM – Kata Seru ?? #kumika #recap #bahasamelayu #sekolah #mashaAllah #Alhamdulillah

♬ original sound – KuMika KuFaizul – KuMika KuFaizul

Rata-rata netizen juga terhibur dengan keletah comel itu adik itu yang bercerita dengan penuh semangat.

KOMEN NETIZEN:

Bukan saja kanak-kanak comel ini fokus dan menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas tetapi cara gurunya mengajar juga sangat kreatif sehingga meninggalkan kesan pada anak muridnya.

Semoga awak terus membesar menjadi anak yang bijak dan membanggakan kedua orang tua ya, Mika!

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:PA&MA ,tiktok kumikakufaizul