‘Klu Dah Janji Tunaikn Jelah!’ – Luahan Aishah, Rupanya Hadiah Tanah Yg Dijanjikan Smpai Skrg Tak Dapat2 Lagi – Lubuk Viral

” Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan.”

Itu luahan penyanyi Datuk Aishah yang meluahkan rasa h4mpa dan kcewa apabila masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim empat (GV4) pada tahun 2017.

Setelah lebih lima tahun menunggu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata isu tuntutan hadiah ini masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan.

” Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya mulai pagi esok (Isnin) saya terpaksa ke mhkamah untuk ke tuntutan hadiah tanah GV4

” Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tidak, elok jangan mimpi nak jadi penaja,” katanya.

Aishah berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut berkongsi foto semasa menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia memilih untuk menyelesaikan isu ini di mhkamah kerana sudah lama menunggu hadiah berkenaan dan enggan lagi anak seni dipermainkan.

Berapa tahun dah tunggu

” Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mhkamah juga. Doakan yang terbaik.

” Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni,” luahnya.

Sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan.

Dalam program itu, Aishah mengetepikan peserta akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00, sebidang tanah tanah lot banglo, pakaj percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Aishah pernah luah tak tahu nak menangis ke nak ketawa

Sebelum ini, Aishah pernah meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya selaku juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) tidak seperti yang dijanjikan.

Mnerusi laporan mStar Online pada 28 Ogos 2018, Aishah mendedahkan dia masih belum mendapat hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai program tersebut.

Menurut Aishah, dia telah dimaklumkan akan menerima tanah lot yang lebih kecil dan bukan seperti yang diumumkan semasa memenangi pertandingan tersebut.

” Tak tahulah nak menangis ke nak ketawa, sudahlah susah payah nak tuntut hadiah siap dengan ma-ki ha-munnya, minta tangguh lebih setahun.

” Sekarang diberitahu yang tanah dijanjikan itu bukan lot banglo, tapi lebih kecil, katanya itu perjanjian dengan badan penyiaran,” katanya.

Adakah saja nak kasi gempak program GV?

Sementara itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut mempersoalkan mengapa hal ini dimaklumkan selepas setahun pertandingan tersebut.

Malah, dia juga tertanya-tanya adakah nilai hadiah itu satu kesilapan atau hanya berniat untuk menjadikan program tersebut hebat.

” Hampir setahun baru nak bagi tahu? Jadi yang diuar-uarkan dalam televisyen tu tak betullah ya?

” Kesilapan atau sahaja nak gempakkan program. Adoiii… I am speechless,” katanya.

Menerusi laporan pada 2018 juga, Aishah memberitahu dia berasa terkilan apabila masih belum menerima lot tanah tersebut kerana hadiah itu sebenarnya pembakar semangatnya untuk berjuang dalam pertandingan itu.

Kata Aishah, sehingga kini dia masih menunggu bahagiannya daripada harta pusaka arwh ibu dan bapanya yang masih belum selesai sehingga ke hari ini.

” Cerita tanah ni yang membuatkan I tersentuh sangat kenapa?

” Berpuluh tahun I menunggu pusaka arwh ibu dan ayah yang tak diselesaikan (31 tahun lebih tepat) tapi saudara sedarah sedaging tidak menjalankan amanah sehingga hari ini.

” Bukan sikit-sikit tanah pusaka tapi malang tak diselesaikan. Bila I dapat tahu salah satu hadiah GV5 adalah tanah lot banglo I cukup bersemangat.

” Sasaran I masa dapat tahu hadiah tanah tu was to be in the top three.

” Cita-cita di usia begini nak buat rumah setingkat (kaki sakit nak panjat tangga), rumah orang pencen bukan nak buat istana pun.

” Bila masalah timbul, benar-benar menitiskan air mata I…

” Mungkin rumah baru yang I impikan itu enam kaki ke bawah je untuk I… Wallahu a’lam,” tulisnya lagi yang merujuk kepada kedalaman tanah kubvr.

Selain Aishah sebagai juara, naib juara GV4 dimenangi Liza Hanim dan pemenang tempat ketiga ialah Lan Solo. Ketiga-tiga mereka dijanjikan lot tanah selain hadiah iringan sumbangan pihak Astro dan penaja lain.

Sumber: Aishah

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/