[VIDEO] Jemaah Wanita Balik Haji Melaram Sakan Dalam Kapal Terbang Sebelum Mendarat

Setiap orang yang beragama Islam pasti mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dapat berada di sana semestinya sudah cukup membahagiakan serta menenangkan hati. Difahamkan jemaah haji pada musim ini sudah pun berangkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat setelah selesai menunaikan ibadah Rukun Islam kelima itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ravidhams di TikTok, memaparkan sekumpulan jemaah haji wanita sedang ‘bersiap-siap’ sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat.

Jemaah haji Bugis Makassar tak ada lawan bestie.

Difahamkan, jemaah haji berkenaan keturunan Bugis dari Makassar, Indonesia. Pemilik video terbabit dipercayai adalah kru kabin yang bertugas untuk menguruskan perjalanan para jemaah itu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kelihatan beberapa jemaah wanita bergaya sakan dengan menggayakan pakaian pelbagai warna, memakai barang kemas serta cermin mata hitam.

Suasana di dalam pesawat kelihatan begitu meriah seperti berada di pertunjukan fesyen. Dalam pada itu, terdapat seorang jemaah wanita yang tersenyum manis meskipun tidak mempunyai gigi yang penuh telah mencuit hati warganet.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 20 saat itu meraih lebih 3.2 juta tontonan dan mendapat lebih 194.4 ribu tanda suka di TikTok.

@ravidhams Jamaah Haji Bugis Makassar jii??#fypシ #tiktokindo #fypviral #fyp #fypage #jamaahhajiindonesia2022 #jamaahindonesia?? #jamaahhaji2022 #makassar #makassarinfo ♬ Tang Tang Tang Viral TikTok ( KEJU JOGET ) – Dj Choko

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  OhBulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*