“Harap Ada Bantuan…”-Bob Lokman S4kit Tervk, Keadaan Terkini Beliau Membimbangkan Semua – Lubuk Viral

“Saya sekarang, nak tenang-tenang saja. Keadaan peny4kit saya, dah memang begini dan tak mahu terlalu banyak fikir lagi. Saya nak terima semuanya dengan hati yang tenang dan positif,” kata pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, 58.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dalam keadaan sekarang dia kena banyak berehat dan tidak boleh terlalu aktif bergerak kerana cepat berasa penat berikutan kekuatan j4ntungnya juga hanya tinggal 10 peratus saja.

“Sekarang, saya hanya nak cari ketenangan diri dalam menghadapi ujian peny4kit dan takdir Tuhan ini. Raw4tan doktor pun dah saya lakukan, tapi Allah Maha Mengetahui. Dalam hidup ini, semua orang akhirnya akan m4ti juga,” katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Mengulas kesihatannya, Bob berkata dia juga terpaksa menangguhkan seketika urusan temujanji pemeriksaan j4ntungnya di H0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada hujung Jun lalu.

“Saya patut jumpa doktor pada hujung Jun lalu. Tapi, saya memang cepat penat dan kalau nak ke kereta pun, kena ada orang papah. Malah, untuk bergerak di h0spital nanti, kena ada orang tolakkan kerusi roda serta mengusung tong gas bagi bantuan pernafasan saya. Jadi, ia menyusahkan orang lain saja.

“Apapun, saya dah berbincang dengan doktor mengenai masalah dialami dan meminta pihak h0spital menghantar ub4t ke rumah pada setiap bulan melalui pos. Nak berjalan jauh, memang risiko pada keadaan kesihatan saya sekarang,” katanya.

Foto: Harian Metro

Menurut Bob, sekarang dia juga mengambil wuduk di tempat tidur saja. Jelasnya, kalau mahu ke tandas pun, itu hanya sekali sehari kerana memang tidak boleh berjalan banyak dan terlalu aktif bergerak. Nanti, cepat penat.

“Sejak Ramadan lalu, saya makan pun sekali sehari, pada awal pagi. Untuk petang dan malam, saya memang dah tak boleh makan sebab tak ada selera. Setiap hari, selera makan saya hanya ada pada awal pagi.

“Saya juga kini semakin bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dengan anak-anak pun, saya dah beritahu mereka berkenaan hala tuju yang harus dilakukan apabila saya sudah tiada nanti. InsyaAllah, mereka faham,” katanya.

Terdahulu, pada 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU) Pusat Raw4tan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk raw4tan lanjut.

Namun, akibat kekangan kewangan dialami dia hanya mendapatkan raw4tan selama tiga hari di IJN dan keluar dari h0spital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu.

Sebelum ini, Bob juga pernah menjalani pembed4han memasukkan alat Implantable Autom4tic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan j4ntungnya di H0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020 lalu.

Bagi orang ramai dan pihak yang mahu membantu Bob boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank isteri, Relawati Daud di nombor 162348359386.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber/ Kredit :- CARI