Ada Wanita Tudung Labuh Suruh Kahwin Balik Dgn Noor Nabila, Ini Respon PADU Sharnaaz Ahmad- Lubuk Viral

Rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila kembali menjadi bualan ramai apabila usahawan terkenal itu bertindak memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram (IG).

Kahwin balik

Isu itu membuatkan warganet tertanya-tanya sama ada benar mahligai yang dibina itu sedang berg0lak dan secara tidak langsung mengaitkan nama bekas suami Nabila iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iranadhirah bertindak berani m4ti apabila cuba menjodohkan Sharnaaz dan Nabila kembali.

Ini berikutan tindakan Nabila yang mempertahankan bapa kepada anaknya, Jayden Ahmad yang didakwa memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, baru-baru ini.

Jaga tepi kain orang

Ciapan itu telah mengundang pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad untuk memberikan reaksi. Kata pelakon berumur 36 tahun, tindakan wanita itu tidak seiring dengan penampilan dirinya yang bertudung labuh berdasarkan gambar profil.

Tidak habis di situ, wanita itu membalas, “Lah tak kutuk pun kot. Rileks la.”

Pada Jun lalu, Nabila menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah. Katanya, dia dan suami memilih untuk jarang berkongsi foto bersama memandangkan ini perkahwinan kali ketiga untuk mereka berdua.

Padam Gambar Kahwin, Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?

Rumah tangga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila bersama suami, Engku Emran menjadi bualan warganet sekali lagi selepas mula diperkatakan sejak Jun lalu.

Padam gambar

Terbaharu, Nabila dilihat sudah memadam semua gambar bersama suami termasuklah foto perkahwinan di Instagram (IG).

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Nabila, 37, ada berkongsi beberapa petikan kenyataan yang seakan menggambarkan perasaan yang sedang dialaminya.

Netizen tanya mana Engku Emran?

Hasil pemerhatian OhBulan!, ibu kepada Nabila dan Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed juga tidak mengikuti akaun Instagram Engku Emran namun bekas suami kepada Primadona Filem Melayu Alaf Baharu, Erra Fazira masih lagi mengikuti.

Menjengah ke ruangan komen pada hantaran terbaru Nabila ketika bercuti bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad, rata-rata netizen mula bertanya keberadaan Engku Emran.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/