“Siapa yg boleh sabar. Ini bidang saya”-Abon Beritahu Kenapa Dia Dah Lama ‘G4m’ Mereka- Lubuk Viral

“Saya dah tak peduli kalau mereka nak ‘g4m’ saya kerana saya dah lama g4m mereka.

“Dipanggil untuk terbabit dalam program saya tak datang dan saya pilih serta letak harga sebab memang saya dah tak hendak,”.

Demikian kata pelawak Abon yang kec3wa dengan sebuah stesen TV yang seakan menafikan kemenangannya sebagai juara pertama pertandingan lawak anjuran mereka bersama Allahy4rham Os pada 2011.

Abon atau Sharizan Ahmad berkata, dia bukan irihati terhadap pelawak lain yang terbabit dengan program stesen terbabit kerana itu rezeki mereka.

“Mereka nak cari juara dan kami dah juara. Setiap juara katanya ada program sendiri. Yang selepas itu pun ada program tapi kenapa kami tiada.

“Lepas menang hilang begitu saja. Itulah sebabnya saya dah tak kisah kalau mereka nak buat apa saja terhadap saya.

“Orang dah tak nak kita. Bila saya bersuara barulah mereka nak panggil. Tapi dah tak seronoklah,” katanya.

Abon baru-baru ini tampil dengan program Hari Raya terbitan RTM, Astro dan Awesome TV.

“Ia sebab saya nak tengok ‘feedback’ adakah saya masih ada peminat. Alhamdulillah ternyata sangat menggalakkan.

“Bayangkan 2011 saya menang dan 2013 saya tiada apa-apa. Kami tarik diri dari bertanding.

“Os ambil keputusan bawa teksi sebab anaknya belajar di Mesir ketika itu. Dia tak boleh tunggu tawaran dari stesen TV semata-mata kerana anaknya perlukan wang untuk yuran,” katanya.

Abon berkata, sebelum menang program ini, tawaran show memang banyak.

“Itulah sampai ada yang kata Osbon demand. Macamana nak demand kalau tak dipanggil pun. Banyak yang salah fakta.

“Siapa yang boleh sabar. Ini bidang saya. Mereka nak juara dan kami dah buktikan. Jadi nak apa lagi?

“Begitu juga dengan stesen milik kerajaan. Saya bermula dengan mereka tapi peluang banyak diberikan kepada mereka yang bermula dengan stesen lain,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menafikan bakat atau rezeki mereka tetapi biarlah adil.

“Memang tiada undang-undang kata tak boleh ambil. Tapi dari segi pertimbangan kita. Kenapa anak sendiri dianak tirikan?

“Sedangkan ada banyak bakat yang lahir dari program mereka dari awal lagi. Saya, Sathiya, Sabri Yunus, Ebby Yus, Imuda dan ramai lagi.

“Kenapa nak ambil artis lain? Kalau mereka hebat tak apalah. Ini minggu pertama dan kedua dah terkeluar,” katanya.

Menurutnya yang sudah aktif sejak tahun 1979, dia pernah ditawarkan bayaran RM500 dan menolak kerana merasakan tidak wajar.

“Saya kata jumlah itu diperolehi sejak zaman 1980-an lagi menerusi Kampung Seri Wangi untuk setiap episod.

“Orang itu cakap dalam nada yang tak bersalah. Katanya orang lain okey saja ambil jumlah ini.

“Saya tanya mereka siapa dan dijawabnya ekstra. Saya jawab saya tak hebat tapi saya ada nama,” katanya.

Jangan salah guna ‘lesen’ lawak – Abon

Abon menasihatkan agar semua pelawak tanpa mengira kaum supaya tidak melawak membabitkan sentimen agama.

Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) musim pertama pada 2011 bersama Allahy4rham Os yang dikenali sebagai Osbon ini berkata, dia pernah menegur kumpulan pelawak popular yang cuba berlawak menggunakan sentimen Islam ketika dalam rakaman.

“Mereka nak buat karakter pemuda berhadapan dengan bapa seorang gadis. Jadi mereka pura-pura alim. Mereka mula berzikir Subhanallah dan sebagainya lagi.

“Saya terus minta mereka berhenti tak kisahlah walau sedang rakaman. Saya memang tak suka. Mereka jawab dengan orang lain boleh lawak macam ini.

“Saya cakap dengan saya jangan begini. Kalau saya tiada tak kisahlah mereka nak buat apapun. Kita kurang agama, kenapa nak berlawak dengan cara ini pula,” katanya.

Menurutnya ada pelbagai cara berlawak yang baik di mana penonton dapat iktibar manakala mereka pula dapat pahala.

“Kan senang begitu. Saya kalau nak buat komedi pasal agama, ada tiga lori dalam kepala saya. Tapi kita tak boleh la bawa benda ini depan khalayak.

“Itulah dari dulu lagi saya cakap, lawak ini kalau diterbalikkan bermaksud kawal. Benda ini kena kawallah mana yang boleh mana yang tak.

“Janganlah gunakan lesen lawak anggap semua benda boleh dibuat. Kalau main bab agama kita jangan kompromi. Kalau benda itu haram, maka haramlah. Tak boleh dihalalkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abon kini bergelar pengacara dalam kapal Mendam Berahi di Melaka.

“Satu kapal boleh memuatkan 30 orang termasuk makan. Saya aktif sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

“Khidmat saya secara kontrak dan gaji dibayar bulanan. Saya sempat kerja selama enam bulan kemudian kita PKP.

“Sekarang barulah ia disambung semula. Saya pun dah ada tempat tinggal di Melaka,” kata Abon

kredit: hmetro

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/