Akhirnya Puteri Sarah TampiI Bersvara ApabiIa Netizen PersoaI Tentang Syamsul Tidak Bayar Nafkah, Rvpanya lni Terjadi – Lubuk Viral

Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkata, dia ingin fokus membahagiakan anak-anak dan menolak jauh masalah rumah tangganya yang meruncing ketika ini.

Katanya, isu pergol4kan rumah tangganya tidak sedikitpun mengganggu tumpua untuk membesarkan dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

“Saya tak terganggu langsung kerana Alhamdulillah keluarga mentua dan keluarga saya sendiri, mereka beri sokongan penuh”

“Anak-anak tak tahu menahu tentang apa yang berlaku dan gembira sebab saya kekalkan persekitaran positif untuk mereka. Saya hantar mereka ke sekolah, beri didikan agama dan bawa mereka bercuti untuk gembirakan mereka”

“Saya juga sudah mula bekerja. Kalau perlu ke luar negara seperti Singapura dan Brunei untuk berniaga, mereka tetap dijaga keluarga saya atau mentua. Jadi anak-anak tak sunyi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Masalah rumah tangga Puteri Sarah bergolak sejak empat tahun lalu gara-gara gangguan orang ketiga.

Dalam masa sama, Puteri Sarah tampil menjelaskan, dia kini perlu kembali bekerja untuk memastikan keperluan anak-anak dapat diberikan secukupnya.

“Syamsul tidak abaikan nafkah untuk anak-anak. Perkara ini perlu saya nyatakan kerana ada yang mula mempersoal perkara itu sejak saya aktif bekerja semula”

“Saya tetap mahu bekerja untuk masa depan yang terjamin. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang,” ujarnya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.dnq.pw/