Polis Ded4h Rakaman CCTV Mirip Zalina Azman. Pekerja Cafe Beritahu Apa Yg Mereka Nampak- Lubuk Viral

SHAH ALAM: Polis mended4hkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dekat sebuah hotel di sini serta gambar dikatakan mirip bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 29 November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bagaimanapun wanita yang dirakam menerusi CCTV pada 18 Julai itu disahkan sebagai seorang geland4ngan, bukan Zalina.

Menurutnya, rakaman daripada CCTV juga diperoleh daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mend4kwa seorang wanita mirip gambar Zalina yang diuar-uarkan polis.

“Pihak kami sudah semak dengan pekerja cafe tersebut dan dapati yang datang ke sana adalah geland4ngan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Pada dua hari lepas saya jumpa di tasik tersebut.

“Semua (rakaman CCTV) adalah orang yang sama, bukan OH (Orang Hilang),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam yang menguar-uarkan makluman mengenai kehilangan bekas pengacara rancangan ‘Money Matters’ itu pada Isnin lalu.

Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

WAJAH wanita geland4ngan yang dikatakan mirip Zalina Azman dirakam menerusi CCTV dari sebuah hotel dan kafe di kawasan Shah Alam, Selango

Mohd. Iqbal dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kehilangan wanita itu telah dibuat keluarga sejak 29 November 2021 apabila anaknya dikatakan cuba menjejaki ibu untuk memaklumkan bapanya yang dimasukkan ke hospital.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan tiada laporan polis terbaharu dibuat oleh orang awam yang memberi petunjuk dalam pencarian graduan sarjana kewartawanan itu.

“Tiada, semakan dapati tiada mana-mana individu tampil membuat laporan polis. Betul, mereka (pemilik cafe dan hotel) tidak salah, sebaliknya berniat baik untuk membantu.

“Pihak polis memang mengalu-alukan ramai untuk menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal turut memaklumkan keluarga Zalina kini tidak lagi tinggal di Shah Alam, walau bagaimanapun enggan mended4hkan lokasi terkini tempat tinggal mereka.

“Bukan Shah Alam, tetapi maaf saya tak dapat beritahu,” katanya.

Pelukan terakhir beri bayangan kesedihan Zalina’

Personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54, dapat merasai kes3dihan dilalui sahabat baiknya, Zalina Azman ketika pertemuan terakhir, dua tahun lalu sebelum pand3mik C0V1D.19 memuncak.

Malah, pada pertemuan itu, Ras Adiba dapat merasai pelukan terakhir Zalina bagaikan memberikan bayangan kesedihan yang dilalui.

“Masa itu, saya dapat merasai kesedih4nnya ketika kami berpelvkan. Cuma, mengenali Zally (Zalina), dia cukup menjaga privasi, jadi kami ada batasan.

“Malah, dia mengajak saya ke rumahnya. Saya perhatikan berat badannya amat menyusut seperti gambar yang saya kongsi dalam laman Instagram (IG).

“Selepas itu, kami hanya berhubung menerusi telefon bimbit, tidak lagi bertemu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ras Adiba berkata, perubahan fizikal bekas pengacara yang begitu sinonim dengan program Money Matters itu mengundang pertanyaan ramai mengenai masalah yang dilalui.

“Namun, saya fikir soal perubahan bentuk badan sangat subjektif. Pada usia tertentu, ada antara kita yang akan jadi terlampau kurus atau tembam.

“Cuma, saya tidak mahu bertanyakan lanjut kenapa semakin kurus pada pertemuan itu. Saya menghormati privasi Zally.

“Bagi saya, kita semua tidak sempurna dalam kehidupan ini. Setiap kita pasti ada cerita yang tersendiri.

“Mungkin juga dia banyak memendam rasa atau sebagainya. Tetapi, sebagai teman, kami akan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Kami akan berada di sisi ketika memerlukan,” katanya.

Zalina dilaporkan hilang selepas anaknya, Mikhael Norman gagal menghubunginya pada November, tahun lalu.

Ras Adiba turut memaklumkan, dia dan suami, Mohamed Azam Ali akan mencari Zalina sekitar Shah Alam, malam ini.

“Suami meminta bantuan teman-teman termasuk geng pacuan empat roda dan otai TV3 untuk mencarinya.

“Saya pun akan turun padang turut serta selepas urusan kerja selesai,” katanya.

Terdahulu, berita mengenai kehilangan penyampai yang sinonim dengan program Money Matters ini tular selepas selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi mengenai kehilangan beliau menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

UTUSAN

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/