Wanita bukan Islam rasa bersaIah biar tukang rumah solat tengah p4nas, cepat-cepat mengadu suami… Tak buang masa terus beli kanopi! – Lubuk Viral

KEWUJUDAN masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan penuh warna-warni.

Terbaharu, tul4r kisah pasangan suami-isteri dari Sabah yang menyediakan ruang solat untuk pekerja pembinaan rumah mereka.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Wendy Gwen, hatinya tersentvh hingga menitiskan air mata selepas melihat pekerja pembinaan yang beragama Islam sedang menunaikan solat di tepi pagar rumahnya.

wendy1

Wendy dan suami mengupah tukang rumah untuk kerja-kerja pembinaan di kediaman mereka.

“Jadi begini cerita dia. Kami laki bini (suami isteri) buat m1nor constrvction di belakang rumah. Buat kecil-kecil saja tambah.

“Pada waktu tengah hari tu, saya pergi dapur cuci piring. Saya ternampak tukang kami solat beralaskan zink. Berhadapan pagar, bukan tempat teduh.

“Terus menitis air mata saya. Saya tidak tahu kenapa. Tenang hati saya nampak tukang tu,” ujarnya melalui perkongsian di Instagram.

Menurut Wendy, dia terk1lan kerana tidak peka dengan keperluan tukang rumahnya dan terus memaklumkan hal tersebut kepada suaminya.

Tanpa melengahkan masa, suami Wendy terus membeli sebuah kanopi kecil selain menyediakan tikar kecil untuk memudahkan urusan mereka beribadah ketika bekerja.

“Saya rasa m4rah dengan diri sendiri. Kenapa saya tidak tanya dia Muslim atau tidak. Kenapa saya tidak tanya awal-awal dia perlu tempat sembahyang atau tak?

“Kenapa, kenapa dan kenapa? Saya sed1h betul, masa ni saya m4rah diri saya. Jadi petang tu, saya beritahu suami dan dia pergi beli kanopi untuk mereka.

wendy2

Sikap mulia Wendy dan suaminya menerima pujian netizen di media sosial.

“Saya ada bagi tikar kecil juga untuk alas sembahyang sekiranya mereka terlupa bawa sejadah,” ujarnya lagi.

Dalam perkongsian itu, Wendy menganggap kej4dian berkenaan sebagai tegvran Tuhan untuk menguji tahap keimanan dirinya.

“Jadi apa saya mahu cakap di sini adalah, saya tahu Tuhan sedang tegvr saya dengan cara yang halus. Sejauh mana iman saya? Walaupun berlainan agama, kadang-kadang tegvran daripada Tuhan itu datang dengan cara yang kita tak jangka.

“Mungkin Tuhan mahu cakap, tengok tukang kamu, serba kurang tapi dia tetap jalankan tanggungjawab dia. Kamu ada rumah selesa, ada kemudahan… adakah kamu beribadah macam tu?

Tidak kira apa pun kerja mereka, layanlah mereka selayaknya manusia yang memerlukan asas keperluan hidup.

WENDY

“Masuk hari kedua saya perhatikan dari tingkap. Masuk waktu saja, mereka solat. Kita ni, Islam ke, bukan ke, apabila masuk waktu kita terus sembahyang ke? Atau kita tangguh?” ujarnya lagi.

Kata Wendy, kej4dian itu juga memberi peringatan kepada kita semua agar tidak menilai manusia mengikut taraf sosial mereka.

Malah katanya, setiap manusia perlu dilayan sama rata walaupun mereka kurang berkemampuan.

“Jangan pernah lihat manusia itu mengikut taraf sosial mereka. Tidak kira apa pun kerja mereka, layanlah mereka selayaknya manusia yang memerlukan asas keperluan hidup.

wendy3

Antara komen netizen di Facebook.

“Saya rasa bersal4h betul saya tidak tanya awal-awal keperluan mereka. Betul-betul satu pemandangan yang beri saya ke1nsafan dan tamparan hidup,” ujar Wendy.

Tangkap layar posting Instagram Wendy turut dikongsi menerusi laman Facebook Abang Just Sebarkan sehingga meraih pujian ramai netizen.

Respect saya kepada Wendy dan suami. Terima kasih kerana mempunyai hati yang ikhlas dan baik. Saya doakan keluarga awak diberi k3$ihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.

“Semangat inilah yang patut ada dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan hormat di antara satu sama lain tak kira apa bangsa sekali pun terbalik puan dan suami.

“Suami isteri sama cantik, budi bahasa pun sangat baik, memang awak terbaik Wendy,” tulis beberapa netizen.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  https://www.mstar.com.my/