Nelydia Senrose Dan Suami Berangkat Ke Tanah Suci Memunaikan Ibadah Haji

PETALING JAYA – Selepas menjadi tumpuan berhijab sekembalinya dari menunaikan umrah dan kontrov3rsi buka tudung di Bali, pelakon Nelydia Senrose dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji.

Berkongsi berita baik di akaun Instagram, Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, turut memaklumkan, dia menunaikan ibadah tersebut dengan ditemani suaminya Mohd. Hafez Halimi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang, Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawaduk, di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah haji.

“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja atau terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Pelakon drama Khilaf Asmara itu memohon doa orang ramai agar perjalanan dan urusannya untuk menunaikan haji dipermudahkan.

Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemafaan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang disedari mahupun tanpa sengaja, terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami,” tulis Nelydia.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: hmetro, utusan malaysia & kosmo online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*