Kahwin tahun 1988, dapat tiga anak… tahun 2022 baru tahu perkahwinan tak sah! Suami isteri ins4f mahu nikah semula

“TOLONGLAH jangan main-main bab wali”.

Demikian pesan pendaftar nikah cer4i, Mohd Hasril Saleh, 35, menerusi satu bingkisan video yang dikongsi olehnya.

Dalam video itu, dia berkongsi kisah pasangan suami isteri yang mahu bernikah semula selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ketika dihubungi mStar, Mohd Hasril sempat bercerita lanjut mengenai kisah itu dengan harapan ia menjadi iktibar buat seluruh masyarakat.

“Pernikahan mereka berlaku pada tahun 1988. Pasangan ini datang berjumpa saya sekitar dua ke tiga bulan lepas, mereka baru mohon untuk nikah semula. Dalam 34 tahun pernikahan mereka tak sah, kalau tak salah saya, mereka ada tiga cahaya mata.

“Hakim putuskan bahawa nikah mereka tak sah sebab mereka dulu guna wali hakim. Sebab masa nak nikah dulu, wali (bapa) tak setuju kerana suaminya merupakan suami orang, wali tak restu sebab mereka nak berpolig4mi. Jadi pasangan ini ambil jalan singkat, jumpa jurunikah Indonesia dan nikah menggunakan kaedah wali hakim. Nikah itu dibuat secara sindik3t.

“Guna kaedah ini bukan bermaksud tak sah, tapi wali hakim yang mereka gunakan itu merupakan lantikan sendiri, bukan dilantik oleh sultan. Jadi dalam 34 tahun perkahwinan, mereka tak sedar bahawa nikah itu tak sah. Jadi sekarang mereka nak nikah semula,” ujarnya.

Menurut Mohd Hasril yang berkhidmat di Selangor, dia juga berdepan dengan banyak kes lain sepanjang berkecimpung dalam bidang itu sejak tahun 2014.

“Macam-macam kes yang saya pernah jumpa. Tapi yang paling kesian nak uruskan biasanya kes melibatkan anak tak sah taraf. Pernah ada satu kes, si isteri berz1na dengan lelaki lain, tapi anak yang lahir nasab pada suami asal, sedangkan itu anak orang lain.

nikah1

Mohd Hasril berkongsi cerita menerusi video-video di TikTok.

“Saya nampak sebenarnya kurang ilmu yang jadi punca. Bagaimana kaedah nak selesaikan sesuatu masalah itu. Dan bila ada masalah, individu ini tak rujuk pada tempat sepatutnya.

“Dia ambil tindakan sendiri. Dia ambil jalan singkat supaya apa yang dihajati boleh selesai mudah, tapi dia tak fikir apa akan jadi pada masa akan datang,” ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Dalam temubual sama, Mohd Hasril berkata dia berkongsi video berkisarkan topik itu menerusi TikTok demi membuka mata orang ramai mengenai kepentingan ilmu nikah dan cer4i.

Masa nak nikah dulu, wali (bapa) tak setuju kerana suaminya merupakan suami orang, wali tak restu sebab mereka nak berpoligami.

MOHD HASRIL

Jelasnya, dia juga bersyukur apabila video-video yang dikongsi menerima tontonan tinggi, sekali gus menyuburkan lagi usaha dakwah yang dilakukannya menerusi platform itu.

“Sejujurnya saya tak terfikir nak buat TikTok, ini idea isteri saya. Dia yang uruskan semua, ibaratnya saya hanya pelakon utama. Saya buat segala isi dan content tapi isteri yang edit dan uruskan.

“Saya buat video sebab nampak kurangnya pendedah4n mengenai ilmu rujuk dan cer4i. Saya rasa ini tanggungjawab untuk saya kongsi. Mungkin orang lain berbeza cara dakwahnya, saya pula guna cara ini.

“Saya nak maklumkan, apa yang saya ceritakan ini atas kapasiti individu, berdasarkan pengalaman yang pernah saya hadapi. Saya rasa bersyukur sebab boleh bantu sebarkan ilmu untuk masyarakat umum,” ujarnya yang dikenali sebagai ‘ToKadi Hipster’ menerusi TikTok.

nikah3

Mohd Hasril sering dihujani mesej orang ramai yang mahu bertanya pelbagai soalan berkaitan perkahwinan.

Penangan video tular di TikTok turut menyebabkan Mohd Hasril dibanjiri mesej daripada orang ramai yang mahu bertanyakan lanjut mengenai masalah nikah, cer4i, rujuk dan sebagainya.

“Saya juga letak nombor telefon di TikTok, tak menang tangan nak menjawab mesej yang masuk. Ramai orang tanya soalan. Yang mana WhatsApp personal, saya akan jawab terus je.

“Antara yang ditanya termasuklah cara daftar nikah, khususnya kes-kes yang dah nikah di luar negara seperti di India, Thailand dan sebagainya. Kalau nak buat video TikTok, kadang-kadang masa saya tak berapa ada,” ujarnya.

Selain ilmu berkaitan nikah cerai yang menjadi tarikan utama, ramai netizen turut seronok menonton penyampaian bersahaja Mohd Hasril yang bercerita sambil menjamu selera di TikTok.

Untuk rekod, dia memiliki lebih 72,000 pengikut di platform video itu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar