” Kelakar la ” – [VIDEO] Neelofa & Pu Riz Berbual Dalam Bahasa Arab Sampai Terpeleot Lidah Buat Netizen Terhibur – Lubuk Viral

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan sama cantik sama padan iaitu Neelofa dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai Pu Riz.

Ummi dan abah kepada satu-satunya anak mereka iaitu Muhammad Bilal pasti mempunyai barisan peminat yang tersendiri dan seringkali menjadi tumpuan wargamaya.

Baru-baru ini, pasangan ini sekali lagi telah menjadi perhatian berikutan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, telah memuat naik satu rakaman video di laman akaun Tik Tok miliknya.

Video tersebut juga memaparkan dirinya bersama suami tercinta, iaitu Pu Riz sedang berbual dalam bahasa arab telah berjaya mencuit hati peminat dan netizen.

Video:

Manakan tidaknya netizen terhibur apabila Neelofa atau pemilik nama aslinya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menulis pendek “Terpeleot lidah aku” di dalam klip tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Hariz sah bergelar suami dan isteri pada 27 Mac tahun lalu yang berlangsung di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhmmad Bilal pada Januari yang lalu.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dikongsikan telah berjaya meraih 2.1M tontonan, 318.2K tanda suka dan pelbagai reaksi komen daripada netizen

Komen netizen:

   

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak