“Memang Sy Bimbang..”- Fazura Akui Risau Lakonan Fattah Amin Dalam Mat Kilau, Yakin Suami Dh Tak Kayu – Lubuk Viral

Menerusi satu klip temu bual bersama Fattah Amin dan Fazura yang merupakan pelakon terkenal dan kini menjadi ibu bapa kepada seorang anak itu menjadi bualan ramai apabila netizen terkejut akan kemunculan Fattah Amin dalam filem yang dikatakan bakal menggegarkan satu Malaysia iaitu filem Mat kilau yang akan ditayangkan di pawagam.

Dalam temu bual tersebut, kenyataan Fazura sedikit sebanyak membuatkan para penonton tidak sabar untuk menonton filem aksi tersebut dengan kemunculan Fattah Amin yang menjadi pujaan hati ramai peminat.

Mengikut sumber, penggambaran dilakukan ketika Fattah dan Fazura baru selesai melangsungkan pernikahan mereka dan penggambaran tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkan kerana ingin menghasilkan kualiti yang cukup menarik untuk ditonton semua. Filem yang akan memberikan pengajaran buat semua ini membuatkan pasukan produksi bertungkus lumus menyiapkan dengan satu kepuasan yang maksima.

Fazura menyatakan kerisauan beliau ketika Fattah harus berlakon dengan menggunakan banyak elemen air dan keadaan di waktu malam amat membimbangkan. Namun beliau faham dan menyokong sepenuhnya kerjaya suami beliau yang berusaha keras untuk membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu menjadi seorang pelakon yang profesional dan tidak kayu.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Namun begitu, gelagat Fazura juga meraih perhatian semua apabila beliau kini amat mahir membuat lawak jenaka dan membuatkan para peminat terhibur dengan telatahnya.

Para peminat juga menyatakan bahawa gelagat beliau tidak ubah dalam filem yang pernah dilakonkan oleh beliau iaitu ‘Pisau Cukur’ masih tersemat dalam diri pelakon tersebut. Semoga rumahtangga Fazura dan Fattah Amin kekal dan semoga berjaya untuk masa yang akan datang.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: sinetronmalaya