Selepas Ibu Dr Azra Pengsan, Azri Beritahu Air Mata Dia Kini Untuk Siapa- Lubuk Viral

Kuala Lumpur: “Habis sudah air mata saya. Jadi jangan ganggu hidup kami lagi.”

Demikian kata pelakon Azri Iskandar ketika ditanya mengenai tindakan saman yang mahu diambil terhadap seorang wanita yang mahu dikenali sebagai F selepas membuat pended4han kepada sebuah portal berita yang mendakwa dijanji bernikah dan sudah berjumpa keluarga pelakon itu di kampung.

Azri, 54, berkata, dia juga sudah tidak mahu lagi bercakap berkenaan wanita F itu selepas beberapa siri kenyataan dibuat kepada pihak media.

“Saya dah tak tahu nak marah, sebab saya punya marah dan carut4n sudah dilepaskan kepada portal berita dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jadi cukup! Saya takkan cakap apa-apa lagi berkenaan wanita F.

“Air mata saya pun dah habis. Lepas ni air mata saya untuk Dr Azra Diera, 43 saja. Air mata Azra pun untuk saya, bukan untuk perempuan itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan ibu kekasihnya yang jatuh pengs4n hingga dimasukkan ke hospital, Azri juga bekas suami pelakon Ellie Suriaty berkata dia masih berada dalam wad.

“Mak Azra masih dalam wad, tapi alhamdulillah dia okay. Tekanan darah menjadi tak stabil sebab dia terkejut selepas menonton video perempuan itu. Dia bukan orang muda, mak dan ayah Azra sudah berusia lebih 70 tahun.

“Kami pun jadi ‘sakit’ disebabkan masalah ini. Mak tu sakit, akibat kejadian ni dia di hospital,” katanya.

Dalam masa sama, Azri mengakui kesal jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati dirinya apatah lagi selepas 34 tahun terbabit dalam bidang lakonan.

“Saya sudah berusia 54 tahun. Saya masuk bidang ini ketika usia 20 tahun pada 1988. Sudah 34 tahun saya bergelumang dengan dunia seni dan sepak terajang dunia lakon. Saya masuk semua bidang lakon iaitu filem, drama, pentas, malah drama radio pun saya buat. Jadi, saya tak suka orang tak hormat saya. Saya buat kerja seikhlas boleh.

“Dulu lagi dah cakap, ini dakwah saya sebagai pelakon. Saya bukan ustaz nak duduk masjid macam kawan lain, saya tak buat macam tu. Saya berdakwah hanya kerana Allah SWT dengan cara tersendiri dalam lakonan. Kalau watak saya jahat, jangan ikut watak itu. Kalau apa saya buat watak baik tu, contohilah kalau mampu. Sebb itu lah cara paling sempurna saya buat dengan lakonkan apa yang penulis skrip ilhamkan.

“Untuk wartawan saya hargai anda, siapa saya kalau anda tiada. Junior dan senior wartawan yang sudah tiada pun semua saya kenang dan ada dalam memori saya sampai saya meningg4l dunia,” katanya.

Terkejut sampai pengsan

Dalam pada itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata disebabkan dakw4an wanita ‘F’ itu, ibu kekasihnya pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

Mak Azra sampai rebah sebab terkejut selepas tengok video temubual wanita itu yang dihantar oleh kawan. Kawan mak dia cakap, ‘macam ini ka yang kau nak buat menantu?’

Nasib baik adik Azra ada. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Bayangkan ini bukan perkara kecil.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim terpaksa akur selepas pihak produksi mengambil keputusan menggugurkan namanya dari persembahan Teater Tan Sri Elyas.

Dakwanya, dia menanggung kerugian sebanyak RM8,000 yang boleh ditambah sebagai wang untuk urusan perkahwinan dengan Azra nanti.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun ini.

Untuk rekod, Azri bercer4i dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Terdahulu akhbar ini melaporkan Azri mahu mengambil tindakan undang-undang dengan saman wanita F dan portal berita susulan pendedahan dibuat sekali gus menganggap tudvhan wanita itu fitn4h hingga menjejaskan namanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/