“Lagu Masterpiece Selalu Dari Broken Heart” – Netizen Dengar Lagu Baru Shila Terus Jatuh Cinta – Lubuk Viral

Selepas dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 35 dan Masked Singer Malaysia musim ke-2, namanya semakin disebut-sebut.

Seperti diberi nyawa semula buat dirinya untuk kembali menyinari industri seni Malaysia. Dia yang dimaksudkan ialah Shila Amzah atau nama aslinya Nur Shahila Amir Hamzah, 33.

Umum sedia maklum Shila kini berstatus ibu tunggal selepas gagal dalam perkahwinannya bersama bekas suami, Haris Idraki pada awal tahun yang lalu.

Namun disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersirat buat dirinya. Rezeki Shila semakin bertambah dan kini Shila kembali aktif semula menyanyi.

Terkini Shila berkongsi sedikit keratan lagu terbaru hasil tulisan tangannya di aplikasi Tiktok miliknya. Melalui tiap bait lirik yang dinyanyikan Shila, lagu tersebut seperti berentak perlahan dan mempunyai unsur percintaan yang tidak kesampaian.

Menerusi kapsyen yang ditulis Shila, lagu tersebut masih belum siap sepenuhnya, namun sudah berjaya menambat hati pengguna tiktok yang lain.

Video:

@shilaamzahofficial I just wrote a new song tadi , it’s not complete yet , Tapi sha just nak share kat korang #galau #fy #songwriter ♬ original sound – shahilaamzah

“Betul orang cakap, lagu masterpiece selalunya dari broken heart. “Kenapa baru pertama kali dengar tapi dah jatuh hati.

“Sedap lagu ni, dengar sekali dah boleh lekat dalam hati. “Sedap g1laaaaa!!!,” antara pujian yang diterimanya.

Komen Netizen:

Shila turut melahirkan rasa gembira kerana tidak meyangka video tersebut disukai ramai. “Sha tak sangka korang suka lagu ni!! Tulis saja-saja je semalam masa hujan! Terima kasih korang,” tulis Shila.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih dari 800,000 tontonan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://gempak.com/