“Siapa kata PU Riz tak sweet ” – [VIDEO] ‘Pak Ustad’ Pakaikan Inai Di Jari Neelofa Buat Netizen Melting – Lubuk Viral

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasanagan sama cantik sama padan Noor Neelofa dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai Pu Riz.

Pasangan sejoli ini seringkali menjadi perhatian netizen dan warganet dan sudah semestinya kedua-dua mereka mempunyai barisan pengikut yang ramai.

Terbaru, Neelofa dan Pu Riz sekali lagi menjadi bualan wargamaya kerana memuatnaik satu rakaman video yang berdurasi 15 saat di laman akaun Tik Tok miliknya.

Rakaman video tersebut memaparkan suami kepada Neelofa iaitu Pu Riz sedang memakaikan inai dijari isterinya.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, video yang dikongsikan itu telah berjaya meraih 392.3K tontonan, 22.7K tanda suka dan pelbagai reaksi komen daripada netizen.

Untuk rekod, Neelofa sah menjadi isteri kepada Pu Riz pada 27 Mac 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak