“Mereka ‘samp4h’ Produksi, Patut Disekolahkan Supaya Cerdik Sikit!”- Che Man – Lubuk Viral

“Jikalau di Hollywood lagi lama dan senior, lagi hebatlah bayarannya tahu!”

Acap kali ayat sebegini diluahkan oleh penggiat seni yang tergolong sebagai orang lama dalam industri yang nyatanya sudah lama menyimpan kecewa dan rasa tersinggung apabila tiba soal harga dan bayaran.

Bukan apa, perbezaan itu amat ketara bahkan sudah sebegitu dinormalisasikan oleh segelintir pemain industri yang entah barangkali tamak mengaut keuntungan seorang diri.

Semua tahu, pelakon senior ini ‘kaya’ dengan pengalaman tetapi mengapa perlu ada diskriminasi soal bayaran? Tidak adil sama sekali untuk mereka semua. Apalagi kalau sentiasa didengdangkan dengan ayat ‘maaf, kami tiada bajet yang banyak’.

Ini seterusnya membuatkan  si pelakon kategori warga emas ini biasanya terpaksa rela menerima tawaran yang diberikan lantaran memikirkan selagi masih bernyawa, masih ada perut untuk diisi, masih ada bil dan tanggungan yang harus dibayar.

Pelakon veteren, Datin Fadhilah Mansor, menegaskan kepada pihak penerbit agar membetulkan semula perspektif mereka terhadap pelakon-pelakon veteren dalam industri seni tanah air.

Fadhilah meluahkan rasa simpati dan sedih apabila mendengar khabar ada rakan-rakan artis lama yang lain dibayar tidak setimpal oleh segelintir penerbit.

“Fahamlah kedudukan pelakon-pelakon lama. Tanpa yang lama, tida yang baharu. Kini, pengalaman orang lama seolah-olah tidak dihargai.

“Semasa penggambaran, wataknya emmerlukan emosi, masa, tenaga dan segalanya. Tapi bayaran yang dapat tidak setimpal berbanding pelakon yang lain. Kalau kita bersuara lebih, kita pula akan menerima tempi4snya.

Jika kita nak bandingkan negara barat, marah pula. Tetapi apa yang kita nampak dengan mata kasar, negara luar, lagi tua lagi dihormati dan diberi penghargaan,” katanya.

Dalam pada itu dia juga menegaskan kepada pihak terbabit agar berhenti beranggapan bahawa pelakon lama memang layak diberi bayaran sebegitu.

Katanya, pelakon veteren juga memerlukan sumber pendapatan, kerana itulah mereka masih bekerja.

Tidak mahu memanjangkan cerita, pelakon senior, Kamaarool Yusoff, 63, melihat 1su ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada si pelaku yang duduk di kerusi pengurus produksi.

Kata pelakon yang popular dengan watak Che Man ini, dia sudah biasa mendengar ayat-ayat ‘manis’ mengenai soal tiada bajet atau peruntukan kecil filem atau drama dan ia datangnya daripada segelintir pengurus produksi.

“Mereka inilah biasanya memainkan peranan mengecilkan bayaran seseorang artis, apalagi kalau artis itu tua atau veteren.

“Mereka inilah ‘sampah’ yang menghru-hara kan produksi. Ada pengurus produksi yang sering buat begitu apabila ingin mendapatkan seorang artis, ada kala tempat penggambaran pun kalau boleh dia nak percuma taknak bayar.

“Bagi saya, mereka inilah yang sepatutnya disekolahkan supaya cerdik sikit. Lagi satu, pengarah dan penerbit pun ada juga yang begitu, jadi syaa harap mereka ini bersikap relevenlah dan ambil tahu akan hal ini,” katanya hampa.

Sumber : Youtube MK

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.viralmy.me/