Gadis ‘Double Park’ Kereta Polis, Gelabah Nampak Anggota Tengah Tunggu. Lihat Apa Terjadi..- Lubuk Viral

Kes double parking memang kerap berlaku di mana-mana sahaja terutama di kawasan yang sibuk dengan ramai orang yang mempunyai urusan masing-masing.

Oleh kerana mereka tiada pilihan maka double park adalah jalan penyelesaian untuk meletakkan kereta untuk sementara.

Namun begitu, diingatkan kepada setiap pemilik kenderaan yang buat ‘double park’ untuk memastikan gear kereta berada dalam keadaan ‘free’ (N) selain tidak menarik brek tangan.

Apabila anda telah menghalang kereta lain dari keluar (double parking) anda perlu meninggalkan nombor telefon atau release handbrake bagi memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda.

Kerana kesilapan kita meletakkan kereta double park dengan cara yang betul dan tanpa meninggalkan  sebarang nombor telefon untuk dihubungi pasti akan menyusahkan pemilik kereta yang lain untuk keluar tempat letak kereta tersebut.

Gadis panik ‘double park’ kereta polis

Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian daripada seorang pengguna tiktok  Yui Ahmad telah menarik perhatian netizen apabila beliau yang menghadapi situasi double parking. Sewaktu kejadian wanita berkenaan tidak perasan dia ter “double parking” kereta anggota polis.

Berlari nampak anggota tunggu

Dia yang membuat ‘double park’ terhadap sejumlah 5 buah kereta polis menggelupvr lari ingin menyelamatkan keretanya apabila tersedar akan kesalahan yang dilakukannnya.

Dalam kekalutan itu, kelihatan seorang anggota beruniform sedang memeluk tubuh menunggu kehadirannya mengalihkan kenderaan yang menghalang perjalanan mereka.

Walau bagaimanapun, dia tidak dikenakan sebarang tindakan sebaliknya anggota terbabit sempat menegurnya agar tidak berlari kerana bimbang jatuh, tambahan pula ketika kejadian dia memakai kasut tumit tinggi.

“Lain macam dia punya berani”

Manakala, warganet pula tidak menyangka akan tahap keberanian gadis itu. Rata-ratanya tidak pernah terfikir untuk buat seperti yaang dilakukannya.

“Saya pun tak berani”

Lihat video ini:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bigonewzz.com/