‘Kami Tetap Kawan Macam Biasa’ – Rossa Sera Tetap Pilih Baju Raya Sedondon Dengan Shuk – Lubuk Viral

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi satu hantaran di laman Instagram menjelaskan dia masih ‘berkawan’ dengan suaminya.

Shuk hantar mesej

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi tangkap layar perbualan bersama suaminya yang ketika itu bertanyakan mengenai baju raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Membalas kepada mesej tersebut, Rossa menjelaskan dua warna yang dipilih dan akan digayakan oleh mereka anak-beranak.

Dalam pada itu, usahawan ini turut memberikan penjelasan kepada orang ramai yang masih beranggapan mereka masih gaduh dan dia sempat meminta suaminya itu untuk ‘menjaga diri’.

Kami tetap kawan macam biasa ba. Walaupun tak dapat raya bersama, Sera tetap kasi sedondon bajunya sama budak-budak. Doa yang baik-baik ya. Take care Shukri.

Terdahulu, perkongsian foto seorang diri Shuk Sahar di laman Instagram mencuri perhatian ramai dan netizen sempat mengusiknya. Sebagai rekod, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossa pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Insta story penuh:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Sumber