Tertinggal mak masa beraya, anak2 tahan malu terlupa ibu yang tengah bungkus lauk kat dapur- Lubuk Viral

Aidilfitri tahun ini dilihat sangat meriah setelah 2 tahun masing-masing beraya secara sederhana tanpa keluarga.

Pelbagai perkara lucu berlaku dan salah satunya insiden tertingal mak di rumah tetamu buat netizen berdekah.

“Beraya sampai tertinggal mak, nasib baik tak jauh lagi…”

Perkongsian @muzamirano di Tiktok meraih perhatian ramai apabila mereka tak sengaja tertinggal ibu yang sedang membungkus lauk di dapur!.

Katanya masing-masing ingatkan ibu mereka telah menaiki kenderaanlain, selamba anak-anak meninggalkan ibu hingga ditelefon berkali-kali ole saudara yang ada..

IMG_0475

“Tu la mak, suka nau sembang…”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan tingkah laku keluarga ini, lupa mak sendiri ketika sedang rancak beraya.

Dalam pada itu, ramai berseloroh ini merupakan pengajaran buat ibu-ibu yang sering mengajak balik berpuluh kali, namun kaki tidak berganjak dan masih berborak.

Sumber :Redaksi.com

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://celeangle.com/