Lama simpan r4hsia, akhirnya Halim Othman akan bawa Myra balik beraya di Terengganu – Lubuk Viral

SELEPAS pendedahan mempunyai cahaya mata, pengacara Halim Othman berniat untuk membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu.

Halim, 56, berkata, dia ingin memperkenalkan Myra yang juga seorang pengacara dan pelakon kepada kawan-kawannya selepas 27 tahun menyimpan rahsia itu.

“Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia.

Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai.

HALIM OTHMAN

PENGACARA

“Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari,” ujarnya.

Halim berkata demikian dalam satu temu bual menerusi program MeleTop pada malam Selasa.

halim othman 1

Halim anggap Myra seperti hadiah misteri buatnya.

Sementara itu, ketika ditanya pengacara Uyaina Arshad mengapa baru sekarang mendedahkan rahsia itu, Halim berkata, apa yang berlaku mungkin sudah tertulis.

“Myra seperti hadiah m1steri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis.

“Masa saya sedang mengacarakan Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakan kaki di sini,” ujarnya.

Untuk rekod, Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.

Menerusi temubual bersama mStar pada 15 April lalu, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan r4hsia.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : mStar