“Tak Faham, Cuba Nikah” – Keserasian Datuk Alha Alfa, Zara Zya Sekali Lagi Raih Tumpuan – Sambutlah Rindu – Lubuk Viral

Sejak dari tahun lepas lagi pelakon Zara Zya seringkali dikatakan mempunyai hubungan dengan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa kerana keserasian mereka berdua. Namun, hubungan mereka hanya sekadar kawan rapat tidak seperti disangkakan netizen.

Baru-baru ini, kedua-dua mereka sekali lagi telah menarik tumpuan ramai apabila Datuk Alha Alfa memuat naik perkongsian terbaru di akaun Tiktok miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan usahawan kosmetik sedang merakamkan video seorang wanita. Menurut netizen, sosok wanita itu ialah pelakon Zara Zya.

Sumber: Google Image

Walaupun wajah wanita itu kurang jelas kelihatan, namun peminat Zara Zya dan Datuk Alha Alfa pasti wanita dalam video itu adalah pelakon tersebut. Ternyata ramai yang geram melihat gelagat mereka berdua yang tak ubah seperti pasangan kekasih.

Oleh itu, ramai peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua dan sangat seronok sekiranya hubungan ‘hanya kawan baik’ tersebut berakhir dengan perkahwinan.

Tahun lepas, hubungan mereka menjadi tanda tanya apabila Zara Zya menghadiahkan kasut berjenama kepada Datuk Alha Alfa.

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat gembira melihat hubungan mesra di antara pelakon dan usahawan kosmetik itu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: – CARI