“Tengok isteri dia, cantik2 pun ‘expert’ ikat air balang” Netizen Puji Syahmi Sazli Dan Isteri Tak Kekok Jual Air Dibazar- Lubuk Viral

Pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya dia bersama isteri, Anissa Faizul dilaman sosial. Ini kerana, mereka dilihat hvmble berniaga air di bulan puasa.

Sikap mereka ketika berniaga juga menerima pujian oleh warganet apabila Syahmi Sazli juga digelar sebagai Youtuber paling hvmble meskipun kejayaannya kini bukanlah rahsia lagi.

Menerusi satu perkongsian video menunjukkan gelagat Syahmi Sazli dan isteri dirakam ketika menjual air bersama. Air yang dijual mereka juga dalam pada masa yang sama difahamkan telah viraI.

Video

Perkongsian video oleh akaun bernama, Milobenggg_ di aplikasi tersebut dihujani dengan ratusan reaksi memuji sikap Syahmi Sazli dan isterinya disamping hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka yang setakat ini sahaja sudah meraih lebih 55,000 tanda suka.

Rata-rata warganet meninggalkan ratusan komen positif dengan sikap pasangan bahagia tersebut yang begitu hvmble.

“Dah kaya tapi masih tetap berniaga sebab dia memang minat berniaga, orang paling hvmble”

“Saya pun suka Nisa dan Syahmi, tak berl4gak langsong. Terbaik la”

“Idola ku paling hvmble walaupun duit dah berkepok still nak nampak hvmble, respect”

“Suka tengok diorang, Youtuber paling sempoi. Banyak bersedekah tanpa buat content…”

Biodata Instafamous Anissa Faizul, Isteri Syahmi Sazli

Siapa Anissa Faizul? Pemilik nama Anissa Faizul yang juga selesa disapa dengan nama panggilan, Nissa ini merupakan seorang instafamous yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dilahirkan pada 4 Januari 1998.

Berumur 23 tahun, beliau yang merupakan isteri kepada youtuber ternama, Syahmi Sazli turut memegang peranan sebagai ibu kepada seorang cahaya mata yang dinamakan sebagai Ainul Mardhiah.

Turut bergiat sebagai seorang usahawan dan model, seawal karier ketika namanya mendaki tangga populariti, wajahnya sering dilihat menjayakan video pendek yang diterbitkan oleh suaminya, Syahmi Sazli menerusi laman perkongsian video, Youtube.

Tidak hanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan, beliau juga melangkaui karier sebagai seorang model muslimah dengan memperagakan beberapa koleksi fesyen tudung semasa, buat tatapan para pengikut laman sosial Instagramnya yang sehingga kini sudahpun mencapai angka 990,000!

Antara lain, Anissa turut melangkah dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan produk kecantikan di bawah jenamanya sendiri yang dinamakan sebagai AF Beauty & Cosmetics.

Menyentuh perkembangan terkini, beliau baru sahaja mewujudkan akaun Youtube dengan menggunakan namanya pada kira-kira sebulan lalu yang mana sehingga kini saluran berkenaan sudahpun dilanggani 65,000 pengikut.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/