“Netizen Dilarang Masuk Cmpur Perbicaraan Bella” Sekali Awal Ashaari Beri Komen ‘Ped4s’.- Lubuk Viral

Amaran Hakim Mahkamah Sesyen kepada orang ramai untuk tidak memberikan sebarang komen di media sosial mengenai perbicaraan kes pendera4n anak istimewa, adik Bella mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang turut memberikan reaksi ‘padu’ terhadap amaran tersebut.

Awal Beri Jawapan ‘Padu

Menerusi Insta Stories, Awal dilihat telah memuatnaik tangkap layar mengenai orang ramai yang tidak dibenarkan terlalu lantang untuk mengulas perbicara4n kes adik Bella turut mempersoalkan pihak terlibat bagaimana dengan peguam yang terlalu sibuk mengulas dan mengemaskini kes Bella di media sosial.

“Kalau Lawyer yang sibuk ulas dan update dalam media sosial macam mana pulak?”-Soal Awal Ashaari

Orang Ramai Dilarang Ulas Perbicaraan Kes Bella Di Media Sosial

Dipetik dari laporan Astro Awani, Hakim Mahkamah Sesyen memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan sebarang komen di media sosial mengenai perbicaraan adik Bella yang sedang berlangsung ketika ini.

“Kita masih lagi jauh perjalanan untuk memanggil saksi-saksi selain SP5 (saksi pendakwaan kelima) yang masih dalam pemeriksaan balas.

Simpan komen-komen yang berbentuk subjvdis dan fitn4h untuk diri sendiri. Jangan untuk dapat followers, untuk baca tetapi menjejaskan perjalanan kes ini. “-Kata Izralizam kepada Astro Awani

“Pguam OKT Lunyai Dkcam Netizen” Hakim Terpksa Masuk Campur Untuk Elak Keruh Keadaan.

Rata-rata rakyat Malaysia pastinya ternanti-nanti akan keadilan buat seorang remaja sindrom down dikenali Bella selepas dikatakan did3ra oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Bagaimanapun, hari ini Hakim Mahkamah Sesyen memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pengab4ian dan pendera4n membabitkan remaja sindr0m down dikenali sebagai Bella, yang sedang berlangsung ketika ini.

Amaran itu dikeluarkan Hakim Izralizam Sanusi selepas Timbalan Pend4kwa Raya (DPP), Nor Azizah Mohamad memaklumkan kepada mahkamah bahawa orang ramai masih membuat hantaran di laman sosial berhubung kes tersebut seperti Justice for Bella dan ‘Justice for Bella macam mustahil di dunia ini’.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh peguam yang dilantik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim, Datuk Baljit Singh Sidhu yang memberitahu hantaran terbabit turut melibatkan officers of the court.

“Mahkamah akur dengan semua rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara, namun, mahkamah mengingatkan terdapat undang-undang yang berkuat kuasa yang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang dikatakan mengeluarkan kenyataan melampau dalam penulisan, hantaran, komen dan sebagainya.

“Apa yang jelas, mahkamah perlu mengingatkan semua, kebebasan bersuara adalah tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan termasuk kandungan, mengh1na mahkamah dan fitn4h.

“Oleh itu mahkamah ingin memberi amaran dan ingatan kepada orang ramai terutamanya yang hadir di galeri awam supaya tidak membuat sebarang komen yang berbentuk fitn4h, subjvdis atau mengh1na mahkamah.

“Sekiranya berlaku perkara-perkara tersebut, DPP boleh mengambil tindakan yang sewajarnya dengan merujuk kepada individu-individu terbabit secara spesifik yang membuat hantaran yang jelas melanggar undang-undang yang menghina mahkamah atau subjvdis,” katanya.

Izralizam turut menambah bahawa keterangan saksi belum selesai termasuk saksi kelima, Yasmin Nahar Mahmood yang tidak hadir pada Khamis kerana tidak sihat, namun sudah ada komen-komen yang melampau.

Menurutnya, perbicaraan masih lagi berjalan dan tertudvh masih belum dibuktikan bersalah.

“Kita masih lagi jauh perjalanan untuk memanggil saksi-sakti selain SP5 (saksi pendakwaan kelima) yang masih dalam pemeriksaan balas.

“Simpan komen-komen yang berbentuk subjvdis dan fitn4h untuk diri sendiri. Jangan untuk dapat followers, untuk baca tetapi menjejaskan perjalanan kes ini,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, mahkamah mengambil maklum kenyataan Baljit Singh, di mana perkara itu turut melihatkan officers of court.

“Kita membuat kerja berdasarkan tanggungjawab masing-masing, DPP membawa kes ini untuk dituduh, peguam mempunyai tanggungjawab membela tetapi berada dalam ruang lingkup undang-undang yang sedia ada.

“Jangan overstep atau melebihi undang-undang. Peguam tertakluk kepada etika, DPP tertakluk kepada undang-undang, publik juga tertakluk kepada undang-undang.

“Saya percaya orang awam dan pihak wartawan boleh memainkan peranan yang penting dengan mengikut kes ini berdasarkan undang-undang sedia ada, jangan membuat komen-komen yang menganggu saksi,” tambahnya.

Justeru beliau mengarahkan barisan pendakwa4n untuk mengambil tindakan pendakwaan ke atas mana-mana individu secara spesifik dengan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertudvhan iaitu mengabai dan mengani4ya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan m4ngsa mengalami kecedera4n fizikal dan emosi.

Dia did4kwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika s4bit kesalahan.

Sumber : Redaksi, Murai

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://liveconnection24.com/