“Dikatakan Tiada Akhlak” Ini Balas Mak Wan Kepada Keluarga Bekas Suaminya.- Lubuk Viral

IKATAN perkahwinan cuma bertahan selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan Latah berkata dia reda dengan segala ketentuan yang telah berlaku.

Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini.

“Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak a1bkan sesiapa. Saya tidak mahu aibkan keluarga di sebelah sana (bekas suami).

“Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan tentukan segalanya,” katanya.

Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis.

mak wan 2

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini

MAK WAN

PELAKON

Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April.

Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitn4h dengan bercerita perkara tidak benar berhubung pencer4iannya itu.

“Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini.

“Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya.

sad

TIGA bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon veteran Mak Wan merupakan suatu episod hitam buat diri Husain Dolah.

Husain, 74, mendakwa dia berada dalam tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan sehingga tidak menghormatinya sebagai suami.

“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai. Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan.

“Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal (perkahwinan) sampailah ia berakhir di mahkamah.

“Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, mStar melaporkan Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud, 61, dicer4ikan suaminya, Husain Dolah dengan tal4k satu.

Lafaz cer4i dilakukan Husain terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati

HUSAIN DOLAH

BEKAS SUAMI

Dalam pada itu, Husain juga mendakwa pelakon tersebut tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan yang dilakukan aktres berkenaan sehingga hubungan rumah tangga yang menggores hatinya.

22

“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik.

“Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan ros4kkan diri kita sendiri selama-lamanya,” ujarnya.

Sementara itu, anak tunggal Husian iaitu Zaiton sedih dengan perkara yang berlaku dan menganggap perpisahan yang berlaku adalah jalan yang terbaik untuk bapanya.

Zaiton yang kesal dengan kelakuan Mak Wan mendakwa pelakon itu tidak menghormati bapanya sepanjang perkahwinan terbabit.

“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku.

“Pada usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dug4an macam ini.

“Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia,” ujarnya.

Tambah Zaiton, dia juga sudah membuat laporan polis terhadap dramatis itu yang did4kwa memfitn4h mereka.

“Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya yang berbaur ugut4n, dia fitn4h saya dan ayah.

“Sekarang sudah jadi kes polis biarlah polis tentukan,” ujarnya.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://liveconnection24.com/