“Video Itu Dah Lama, Cuma Tak Tahu Kenapa Ada Yang Tularkan Kembali,” – Datin Alyah – Lubuk Viral

Baru-baru ini muncul satu artikel yang mend4kwa penyanyi, Datin Alyah membuat pended4han yang dia tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada suaminya, maestro muzik, Datuk Ramli MS.

Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 41, berkata disebabkan video itu juga ramai yang mula menghubunginya dan bertanya mengenai keadaan diri dan rumah tangganya kini.

“Memang ramai sangat yang hubungi saya. Video itu dah lama. Cuma tak tahu kenapa ada yang tul4rkan kembali sekarang sedangkan saya dan suami tiada sebarang mas4lah pun.

“Apa yang berlaku telah menimbulkan salah faham. Tak mengapalah, saya maafkan cuma saya kena menjawablah dengan ramai orang.

“Apatah lagi lepas ini kita nak balik raya, mesti ada yang bertanya. Saya anggap apa yang berlaku ini satu dug4an di bulan Ramadan,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui pada majlis iftar anjuran Kamya Glow yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, Selangor pada Rabu.

Menurut Alyah, pended4han yang dibuat dalam video itu adalah perkara lama dan ketika itu dia masih belum matang sepenuhnya dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Malah, Alyah mengakui ada konfl1k yang berlaku dalam rumah tangganya ketika sesi video itu dirakam dan dia tercakap perkara yang tidak sepatutnya.

“Dahulu memang saya nak semua orang tahu yang saya ada mas4lah… tetapi semakin lama kita berumah tangga, saya dapat rasakan bahawa apa yang berlaku sebelum ini adalah untuk menjadikan kita seorang insan yang baik.

“Masa saya balik dari melakukan umrah pada 2019, banyak perkara yang merubah saya dan kini saya semakin matang dalam menguruskan rumah tangga,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai keperibadian suaminya yang turut dikenali sebagai Tok Ram, penyanyi lagu Kisah Hati itu mended4hkan, “Tok Ram ini tak romantik tapi dia caring orangnya.”

Untuk rekod, Alyah dan Tok Ram berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.

Foto:  Instagram Datin Alyah

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  https://www.mediahiburan.my/