“Gebunya dia..Dapat tengok sisi pun jadi..” PU Rlz lancar ziklr selawat dan titip pesanan, Sekali peminat fokus pada Bilal – Lubuk Viral

Sejak melahirkan cahaya mata pertama, usahawan dan selebriti popular Neelofa tidak lupa berkongsi mengenai rutin harian bergelar ibu dengan pengikutnya di media sosial.

Namun, sehingga kita para peminat masih ternanti-nanti waktu yang sesuai bagi pasangan selebriti, Neelofa dan suami, Haris Ismail mendedahkan wajah anak sulung mereka, Muhammad Bilal kepada umum.

PU Riz lancar zikir, selawat dan pesanan untuk Bilal

Semalam, pendakwah bebas dan pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz di kalangan peminat telah memuat naik beberapa video di laman Instagram miliknya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Difahamkan, video tersebut merupakan single pertama yang didedikasikan untuk permata hatinya, Bilal dan para peminat boleh mulai mendengarnya di laman Youtube.

Bilal dalam klip video zikir selawat PU Riz

Apa yang menariknya, ada tetamu khas dalam rakaman video tersebut iaitu anaknya, Bilal.

Tambah PU Riz, Bilal amat beruntung apabila dikurniakan seorang ayah yang suka menitipkan pesanan sejak dia dilahirkan pada 29 Januari lalu.

“Masya-Allah, Bilal anak yang beruntung punya Abah yang suka memberi pesan yang baik sejak Bilal lahir. Moga Bilal membesar menjadi anak soleh pelapis alim ulama seperti mana impian Ummi dan Abah Bilal. Amin.” tulisnya.

Teruja tengok Bilal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kehadiran Bilal dalam klip video tersebut dan tidak sabar untuk melihat wajahnya.

KOMEN NETIZEN:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.tehtarikkaw.com/