Tokti hampir terjatuh masa rakam video TikTok, “Alamak cemas tau…” – Lubuk Viral

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti buatlah apa sahaja, pasti menarik tumpuan peminat dan warganet. Tokti boleh dikatakan juga sangat popular menerusi aplikasi TikTok dengan content menarik yang pelbagai dikongsikan.

Terbaharu ini bagaimanapun, Tokti dilihat begitu jelita bergaya dengan busana serba biru lembut mencetuskan kecantikan penyanyi popular ini mencvri tumpuan warga TikTok apabila dengan pantas menerima ribuan tanda suka.

Tokti

Tokti dalam rakaman ini menunjukkan dirinya berjalan-jalan di ruang lif dan wajah gembiranya mencuit hati peminat. Namun begitu, terjadi pula satu kejadian spontan yang mengundang rasa cemas peminat.

Ini kerana, dalam pada Tokti berjalan merakam video Tiktok, Tokti hampir jatuh ketika ingin memasuki lif yang berada tidak jauh dari situ.

Perkongsian Tokti yang tetap ceria meskipun kantoi hampir jatuh dalam video TikTok miliknya ini menyebabkan ramai meninggalkan pelbagai reaksi buatnya. Tokti bagaimanapun menerusi ruang kapsyen turut berkongsi berita gembira mengenai lagu raya baru yang sepertinya sudah tidak lama lagi akan menemui peminat.

@toktitiktok Jalan jalan di hari raya, tersampuk dekat lif jadi naya… hahahahaha ? nantikan lagu raya terbaru dari saya tak lama lagi… ? #fypシ #sitinurhaliza #fyp ♬ Positions x Sesuci lebaran Interlude – dreamercloudy

Perkongsian Tokti diakaun TikTok miliknya atas nama, Toktitiktok itu dalam pada itu selain mengundang cemas peminat, ada yang merasa tercuit hati dengan gelagatnya yang sempat ketawa.

“Eh Tokti, nasib tak jatuh”

IMG_20220414_120249_1IMG_20220414_120257

“Jatuh pun nampak professional”

IMG_20220414_120317Tokti

“Hahaha comel je…”

IMG_20220414_120348IMG_20220414_120409

“Alamak nasib baik…”

Tokti

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL