“Sy lari lari tapi tak jumpa jalan keluar..waktu tu tuhan je tahu”.- Lubuk Viral

Tidak dinafikan, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sering dikaitkan dengan pelbagai kontrov3rsi mengenai kisah hidupnya di media sosial.

Alah bisa tegal biasa, walaupun sering berhadapan situasi tersebut, beliau sentiasa mengharungi segala tomah4n yang dilemparkan kepadanya dengan perasaan cekal dan tabah.

Rumah Terb4kar

Namun dalam perkembangan terkini, Dato Aliff ada berkongsi rakaman detik-detik cem4s mereka sekeluarga berhadapan dengan keb4karan

“Pengalaman yang amat menakutkan saya awakkk apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal , sy pa,maid dan tukang kebun ..melihat asap naik sampai ke atas waktu tu saya sedang berak sampai sy x sempat cuci berak dan tak perasan langsung terbakar

awakk..waktu tu Ada kebakaran.. orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit saya lintang Pukang lari sampai tak cukup tanah nak lari dah lah rumah sy besar sgt.. sy lari lari tapi tak jumpa jalan keluar..waktu tu tuhan je tahu ..

waktu tu saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya saja..tak fikir dah jam mahal, rumah mahal .. sy buntu dan mengelabah.. siapa yang nak part2 vedio ni sy kongsikan..”

Berikut rakaman yang di kongsi

Berikut pula reaksi netizan

@yengg_z Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dan Semoga Dilindungi Oleh Allah SWT

@chocodaps_officialkualalumpur Semoga dipermudahkan segala urusan dato sekeluarga

@eyza_jallaluddin Sempat dato record ye kalau sy dah lari bawak anak anak

Berikut sedikit info mengenai rumah Dato Aliff

Selain 30 Bilik Mahligai Aliff Syukri Turut Mempunyai Surau, Gim, Bilik Kebal

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun.

Menurut Aliff, 31, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

“Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu.

“Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.

Luas dan besar suasana dalam rumah bak istana.

“Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Aliff ditemui semasa program jelajah media ke kediamannya dikenalii Aliff Syukri Palace di Kota Damansara, di sini pada Selasa.

Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.

Ditanya mengenai kos pembinaan rumah tersebut, Aliff berkata dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.

Suasana di ruang tamu.

Sementara itu, usahawan yang juga merupakan penyanyi ini memberitahu niatnya berkongsi mengenai kediaman ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak.

Sebaliknya, dia hanya ingin memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian.

“Demi Allah saya bukan nak riyak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.

“Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian.

Suasana di luar rumah pada waktu malam.

“Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja,” katanya yang merancang menceburi perniagaan jualan perabot selepas ini.

Dalam pada itu Aliff menggunakan perabut di kediamannya ini yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

Keluasan rumahnya ini ialah 40,000 kaki persegi.

Selain mahligai berkenaan Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur dan penginapan diberi nama Sugeh Resort yang mengendalikan Sugeh Village di Sungai Buloh dan Sugeh Hill di Janda Baik, Pahang.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://liveconnection24.com/