Tak Puas Bermain Di Sekolah, Murid Tahun 1 Men4ngis Taknak Balik Rumah – Lubuk Viral

Sesi persekolahan bagi murid tahun satu di setiap sekolah rendah pasti tidak terlepas dengan ragam dan sedikit ‘drama’ sebelum mereka benar-benar dapat menyesuaikan diri.

Kebanyakan daripada mereka teruja, tidak kurang juga yang mengalirkan air mata, namun perjalanan serta pengurusan kelas berjalan lancar dengan pemantauan guru-guru.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini yang dilihat gelagat seorang budak perempuan dirakam oleh bapaanya kerana menangis tidak mahu balik ke rumah.

Nak duduk sekolah

Menerusi video yang dimuat naik oleh kiwaktollah di laman TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang merajuk dengan bapanya kerana tidak dibenarkan untuk tinggal di sekolah.

Di dalam perkongsian itu, bapanya jelas terkedu kerana selalunya anak orang lain menangis tidak mahu ke sekolah tetapi terbalik pula bagi anak perempuannya itu.

Lari keluar kereta

Tidak lama kemudian, budak itu dilihat berlari keluar dari kereta namun sempat dipujuk bapanya untuk masuk kembali.

Merajuk demi taman permainan

Namun, apa yang menghiburkan hati apabila melihat aksi budak itu menangis dan terduduk kerana merajuk disebabkan mahu duduk di sekolah gara-gara tidak puas bermain di taman permainan bersama rakan-rakan.

Terhibur sungguh adik ni

Rata-rata warganet berasa terhibur apabila melihat gelagat budak itu men4ngis kerana mahu tinggal di sekolah.

Setakat ini, video tVlar itu telah mendapat 733.5K tontonan  52.2.K sukaan dan 3356K komen di TikTok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: TikTok @kiwaktollah