Abang Foodpanda Hantar ‘Order’ Isteri, Reaksi Netizen Pula Bikin Terhibur – Lubuk Viral

Menjalankan tugas sebagai penghantar makanan bukanlah satu tugas yang mudah lagi-lagi di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Tidak cukup dengan itu, ada pelbagai kerenah pelanggan yang perlu dilayan sebagai seorang penghantar makanan seperti abang Foodpanda ini.

Macam situasi yang dialami abang Foodpanda ini apabila dia perlu menghantar pesanan kepada seorang pelanggan yang istimewa iaitu isterinya sendiri. Video tersebut juga kini tular dikongsikan di mana ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

@amalee87 Bila ko Hantar oder kt rumah sendiri ? #videoviral #foodpandamalaysia?? ♬ EarthDefenseForceChallenge – Emetsound_music

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai abang Foodpanda berkongsikan situasi lucu itu. Menurutnya, dia telah menerima satu pesanan yang perlu dihantar ke rumahnya sendiri.

Rupa-rupanya, makanan itu dibeli oleh si isteri yang berada di rumah di mana dia pula yang menerima pesanan istimewa itu. Lebih melucukan, dia turut kelihatan redha semasa menghantar pesanan makanan itu masuk ke dalam rumah.

isteri

Netizen pula turut memberikan reaksi mereka di mana ramai yang memberitahu mungkin isteri lelaki itu sengaja melakukannya untuk memanggilnya pulang. Malah ada yang berseloroh ia boleh juga memberi maksud lelaki itu perlu pulang dan makan di rumah.

Di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Dalam masa yang sama, netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama dan pernah melalui situasi seperti itu.

“Cara bini nak panggil suami balik makan.”

foodpanda

“Kalau dah masuk rumah hantar order tu maknanya shift anda telah tamat…”

makanan

“Jauh parking motor tu, kenapa tak terus masuk rumah je.”

komen

“Ni namanya bini dah panggil balik rumah.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL