“Matanya Seiras Siti Sarah” -Penonton Jelita Belakang Shuib Jadi Perhatian! – Lubuk Viral

Pentas akhir program ‘MSYH’ menyaksikan anak Allahyarham Mr. Os, iaitu Dewa diangkat sebagai pemenang sekali gus diserap menjadi ahli terbaru kumpulan Sepahtu.

Selain itu, kemunculan Shuib selaku juri undangan di round kedua juga seolah-olah mengubati rindu peminat selain rancak bergurau senda dengan Jep Sepahtu.

Video

@hafeeschelah_ MenajudKannnnnn……. ? #mencarisepahtuyanghilang2021 ♬ bunyi asal – SaYa Laa Apiq

Di sebalik kemeriahan rancangan live tersebut, tak semena-mena seorang penonton jelita di belakang Shuib pula jadi tumpuan ramai. Setiap kali usahawan dan pelawak itu memberi komen kepada para finalis, kelibat wanita berbaju putih berkenaan pasti akan terakam sekali oleh lensa kamera.

Video

@syazana59

♬ Gemuruh (Live) – Faizal Tahir

Selesai program tersebut, wanita berkenaan juga sempat bergambar dengan barisan artis yang berada di sana seperti Ramona Zam Zam, Datin Lisa Surihani, Ebby Yus dan ramai lagi.

Malah tak sampai sehari, video dikongsi oleh pemilik akaun @syazana59 ini menjadi tular di aplikasi TikTok dan meraih ramai pengikut baru susulan penampilannya di kaca TV semalam.

Video

@syazana59

♬ Gemilang – Ella

Paling tak disangka-sangka, netizen yang sempat menyaksikan ‘MSYH’ secara live semalam mendakwa lirikan mata Syazana persis isteri Shuib, iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.

Walau bagaimanapun, peminat setia pasangan selebriti itu berharap agar warganet berhati-hati memberi komen agar tidak membandingkan kedua-duanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : https://www.viralmy.me/