Gelagat Budak Kecil Makan Sambil Tahan Mengantuk, “Hayati Makanan…” – Lubuk Viral

Selalunya bila mengantuk, memang ramai yang tidak dapat menahan mata dari terlelap tidak kisah lah di mana sahaja anda berada. Sama juga macam gelagat seorang kanak-kanak ini yang mencuit hati netizen apabila kelihatan begitu mengantuk semasa makan ini.

Walaupun dalam keadaan mengantuk itu, dia masih lagi meneruskan aktiviti makannya itu sambil memejamkan matanya. Gelagat lucunya ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya di mana ramai juga yang pernah melakukan perkara yang sama semasa kecil dahulu.

 

@whosnattsconfused la taktahu nak makan ke nak tido?♬ I’m Addicted To- SUBAG GOO – SUBAG GOO

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang kanak-kanak yang berada di sebuah restoran mamak bersama keluarganya. Dalam masa yang sama, dia mencapai roti canai yang berada di hadapannya itu untuk dimakan.

Namun dek kerana terlalu mengantuk, kanak-kanak itu dilihat makan sambil memejamkan matanya itu. Lebih melucukan, kedua ibu bapanya juga turut sama memegang kepala dan badannya gara-gara bimbang dia terlentok di situ.

mengantuk

Reaksinya yang makan sambil memejamkan mata untuk menahan mengantuk itu turut membuatkan yang lain berdekah melihatnya. Ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa kecil dulu apabila mereka terlalu mengantuk untuk makan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu kanak-kanak ini. Malah ada yang berseloroh reaksinya ini juga kelihatan seperti betul-betul menghayati makanan yang dimakannya itu.

“Nikmatnya roti mamak.”

kanak-kanak

“Hayati makanan.”

makan

“Aku masa kecik sejibik macam ni makan nak tidur.”

komen

“Makan roti canai je feeling dia sampai nak tertidur.”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/