Adik Kepada Neelofa, Athisha Khan Selamat Bertunang Hari Ini..- “Cantiknya baju simple tapi ayu..” – Lubuk Viral

Adik kepada Neelofa, iaitu Athisha Khan yang juga seorang Youtuber menamatkan hubungan cinta bersama jejaka pilihannya apabila mengikat tali pertunangan dalam majlis serba ringkas di kediamannya hari ini.

Athisha berkongsi foto di laman Instagramnya untuk tatapan umum. Dilihat cantik menggayakan busana bertemakan warna pink dan kelihatan cukup manis dan ayu.

Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buatnya di atas majlis pertunangan yang berlangsung itu.

Menerusi perkambangan lain, usahawan Neelofa bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, dia turut mengakui gementar menantikan hari kelahiran yang dijangka bila-bila masa sahaja.

“InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan melahirkan anak sulung ini. Kata orang tengah mneghitung hari. Dekat dah ni bila-bila masa saja.

“Saya akui gementar menanti proses ini. InsyaAllah saya mahu kelahiran normal jika semuanya baik-baik sahaja.” katanya.

Dalam pada itu, Neeloda sempat meminta agar oramg ramai mendoakan agar proses kelahiran itu berjalan dengan lancar.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : IG Atisha Khan