“Tak Bolehlah, Tak Boleh,” – Bila Jodoh Dengan Kawan Baik, Pengantin ‘Awkward’ Tervk Masa Bergambar – Lubuk Viral

Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan yang sering kali kita dengar apabila berbicara soal jodoh. Siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Kahwin dengan kawan baik sendiri

Seperti perkongsian seorang jurugambar dikenali sebagai Fitrin Ruslee di laman TikTok, tampil menceritakan kisah lucu satu pasangan pengantin yang mengambil perkhidmatannya.

Bila kau kahwin dengan member baik sendiri be like.

Difahamkan, pengantin tersebut berkawan baik sebelum disatukan menjadi suami isteri dan mereka dilihat begitu kekok ketika sesi bergambar dilakukan.

Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat pengantin wanita seolah-olah malu dan segan untuk bergambar dan jurugambar tersebut perlu memberikan arahan supaya pasangan ini dilihat ‘bersahaja’ ketika bergambar.

Video:

 

@fitrinruslee Bila kau kawin dengan member baik sendiri be like? #photography #weddingtiktok #tiktokmalaysia #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee

Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah ditonton lebih 2 juta dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin muda ini.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Oh Bulan