“Bagi sape2 yg nk kawin atau baru kawin….”- perkongsian Ozlynn Waty tarik perhatian ramai – Lubuk Viral

Siapa yang tidak kenal dengan Ozlynn Waty  yang nama sebenarnya Rozlinawaty binti Ismail merupakan seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis.

Beliau merupakan isteri kepada pelawak popular, Johan Raja Lawak.

Muat naik terkini di laman Istagram miliknya, kelihatan Ozlynn bersama anaknya merangkap pembantu peribadinya berada set penggambaran.

The Best p.a … lewat mcm mane pon abes keje ttp jalankan tanggungjwp jaga mama, air botol mama kat tgn dgn skrip.. director cut je air smp trus depan muka dgn skrip..

betul2 dia ikut apa yg papa dia pesan.. haaaaaa masalah dia satu.. tdo lewat nk bgn subuh jek… hekk hekkk hekkk.. rengek… haaa part nih mama kena bwk bersabar sikit la.. ?.. makna ada kelebihan ada jugak kekurangan..

tp yg paling best dia selalu offer diri nak tlg .. even kita tgh masak pon dia akan tanya.. ada benda yg haziq boleh tlg.. haihhh my bambam yg syomel!!

Nih dia ikut keje sb nak carik duit nak beli wallet ps5 katanya.. so ada ketika dia masok opis papa dia tlg tampal resit..

kalau abg dia masok opis papa, papa suh cuci jamban, vacum opis..?.. ada jek cleaner tp papa dia kata, senang training awal, sok duk sendiri xde la jamban keladak..pastu suh bini berus..

elehhh papa ko nih, dulu2 awal kawin mama ko jugak yg tlg berus jamban.. pastu masa abg ariq kecik tu la dia baru start2 tonyoh bilik air sb mama dh mula beliak mata??..

 kemas katil lulus pon masa anak sulung masok tadika?.. tp yg penting suami ada hati nak belajar n membantu.. bkn takat arah, pastu blik umah buat muka penat main henpon!!

Abahhhh kauu!! Yg penting suami tau buat keje umah tanpa isteri suruh, sb suami bkn anak yg perlu kita bgtau apa yg perlu buat..

buat mcm aku, dia panas dia kipas , aku panas dia yg kipas??.. kalau dia xnk???

Dia xnkkkkk tau la dia tdo kat bawah.. ??????..dpt suami yg ada hati bantu ringankan urusan isteri juga satu rezeki.. pelan2 belajar.. senangkan hati isteri senang la urusan suami..

ok saja nk tanya suami sape yg rajin tlg isteri tag sikit.. bg suami happy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama.

Komen Netizen

Ozlynn Waty mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq Hanania , Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.

Sedikit info Ozlynn Waty

1. Nama sebenarnya, Rozlinawaty binti Ismail. Menggunakan nama komersial, Ozlynn Waty.

2. Juga dikenali sebagai Ozlyn, Ozlynn Wati dan Ozlynn Waty Ismail.

3. Kelahiran 22 September 1981. Kini berusia 40 tahun.

4. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelakon, pengacara dan pengurus artis.

5. Antara drama dibintanginya termasuk Parut Cinta, Urusan Hati Cik Drama Queen, Encik Suami Mat Salih Celup, Misteri Jenazah, Cinta Kucing Parsi dan Gerak Khas, selain telefilem Hadiah Cinta Mama.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Blok 404 dan Abang Long Fadil 3.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Ig Ozlynn Waty. wikipedia