Hilang 49kg dalam masa 11 bulan! Penampilan gadis ini bagi langit dan bumi, ada cakap macam budak sekolah… offer nak bayar kalau kongsi tip

GADIS mana yang tidak mahu memiliki tubuh yang langsing dan potongan badan menarik?

Mempunyai tubuh yang kurus semestinya membuatkan seseorang tampil yakin dan anggun, lebih-lebih lagi apabila tuan badan mampu menggayakan pelbagai jenis fesyen kerana tidak perlu ‘pening kepala’ memikirkan soal saiz pakaian.

Begitu juga halnya dengan seorang gadis ini yang akhirnya nekad menurunkan berat badannya sehingga penampilan fizikalnya berubah secara total!

Jika dahulu wajah serta penampilannya kelihatan seperti wanita matang, namun selepas hilang hampir separuh daripada berat badan asalnya, dia kelihatan jauh lebih muda malah seperti remaja yang masih menuntut di sekolah menengah.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Amirah Syafiqah Kheirul Anwar berkata, segala-galanya bermula secara spontan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hujung tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya memang ‘chubby’ sejak kecil iaitu ketika mula naik darjah satu. Saya suka sangat makan pasta ketika itu. Sejak itu, berat badan terus naik sampailah tahun lepas apabila mencecah 105 kilogram (kg).

“Tahun lepas kan PKP, saya rasa macam tak produktif sangat. Belajar pun secara online jadi memang tak banyak bergerak.

amirah 1

Berat Amirah pernah mencapai 105kg.

“Dalam masa sama, saya rasa susah sangat nak cari saiz baju terutama fesyen yang kita mahukan. Baju ‘plus size’ pula lebih kepada potongan dewasa sedangkan saya baru je berumur 20 tahun. Saya juga pernah ada darah tinggi waktu berisi dulu.

“Jadi waktu itu motivasi tiba-tiba datang dan dari situlah saya start diet betul-betul,” ujar gadis yang senang disapa sebagai Amirah.

Menurut gadis yang kini berusia 21 tahun ini, pada peringkat permulaan untuk menurunkan berat badan, dia membuat carian di internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain menonton video-video perkongsian di laman sosial.

Awal-awal memang susah tapi jangan putus asa. Memang lambat, tapi bila dah nampak perubahan, ia buatkan kita lagi semangat.

AMIRAH

“Daripada carian sendiri dan perkongsian mereka yang turunkan berat badan, saya pun cuba method diet ‘calory defisit’. Maksudnya, kita boleh makan apa-apa pun tapi tak melebihi kiraan kalori tertentu untuk setiap hari.

“Selain itu, saya banyakkan minum air putih. Bab minuman manis, saya tak ‘cut’ sepenuhnya tapi kurangkan. Dulu setiap hari memang wajib minum Milo tapi sekarang jarang sangat.

amirah 2

Amirah mended4hkan berat badannya mulai menaik sejak sekolah rendah.

“Kemudian saya buat brisk walk, main treadmill. Setiap hari saya peruntukkan 30 minit setiap petang. Kiranya memang all out,” ujarnya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hasil usaha keras dan amalan diet yang konsisten, gadis ini berjaya menurunkan 49 kilogram dalam masa 11 bulan.

Memiliki berat badan 56 kilogram ketika ini, Amirah berkata dia masih lagi meneruskan dietnya untuk mencapai sasaran 53 kilogram.

Gadis ini mengamalkan diet 'calory deficit' selama 11 bulan.

Gadis ini mengamalkan diet ‘calory deficit’ selama 11 bulan.

“Orang-orang sekeliling terutama kawan-kawan memang ramai terkejut tengok perubahan fizikal saya. Ada juga yang cakap saya nampak macam budak sekolah.

“Saya saja je nak share di media sosial tapi tak sangka pula jadi viral… namun saya gembira kerana secara tak langsung beri inspirasi kepada orang lain juga. Malah kawan-kawan mak saya pun terkejut dan ada juga yang dah mula diet.

amirah 4

Berat badan Amirah kini 56kg selepas mengamalkan diet yang konsisten.

“Kalau dekat ruangan komen, ramai yang tanya tips… sampai ada yang DM dan sanggup bayar untuk consultation tapi saya share tips free je.

“Kepada yang nak turunkan berat badan, iya, awal-awal memang susah tapi jangan putus asa. Memang lambat, tapi bila dah nampak perubahan, ia buatkan kita lagi semangat… jadi teruskan sampai capai sasaran,” katanya lagi.

Sehingga kini video tranformasi fizikal Amirah yang dikongsi di TikTok meraih melebihi 814,000 jumlah tontonan.

Komen Netizen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:  mstar